Friday, June 25, 2010

Dracula...

Topps Comics adalah salah satu cabang dari Topps Company Inc. yang merupakan antara pengeluar terbesar trading cards dan gula-gula getah di Amerika Syarikat. Topps Comics telah menerbitkan komik dari tahun 1993 sehinggalah ke tahun 1998 dan kebanyakan komik-komiknya adalah berdasarkan atau diadaptasikan dari filem-filem atau siri televisyen terkenal waktu itu, termasuklah kisah-kisah yang dianggap mencapai status klasik.


Yang dibawah ini adalah empat isu komik yang diadaptasi dari filem Bram Stoker’s Dracula dan berada di pasaran dari Okt’92 (isu 1) hinggalah Jan’93 (isu 4). Filem arahan Francis Ford Coppola in membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Gary Oldman (Count Dracula), Anthony Hopkins (Prof Abraham Van Helsing), Keanu Reeves (Jonathan Harker) dan Winona Ryder (Mina Harker). Ceritanya pula, haaaaa musti mau cari DVD la untuk tengok….


Ok, oleh kerana yang keluarkan komik ni adalah taukeh besar trading cards, maka dengan setiap isu diberikan secara percuma dua keping kad dari filem ini sebagai promo untuk komik, filem, dan lebih-lebih lagi kad setnya yang bakal keluar (waktu itu). Jadi yang kat bawah tu lah set kad promonya…







No comments: