Pan Pacific Hotel Kuala Lumpur. Sebuah hotel yang lokasinya berhadapan dengan Putra Place Complex (The Mall) dan bersebelahan dengan Putra World Trade Center (PWTC). Aku rasa hotel ini telah wujud sejak hujung tahun lapanpuluhan lagi, namun tahun sebenar ia mula beroperasi aku tidak berapa pasti. Sekarang hotel ini telah berubah nama dan dikenali sebagai Seri Pacific Hotel dan mempunyai logo yang baru. Begitu juga dengan “adiknya”, Puteri Pan Pacific Johor Bahru, logo dah bertukar (bukan logo lagi seperti pada kad kunci posting terdahulu) dan nama barunya pula adalah The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru. Oklah, macamana pun aku pernah menginap di hotel kat KL ni suatu masa dahulu iaitu pada awal tahun sembilanpuluhan. Waktu tu hotel ini masih menggunakan logo asalnya yang berbentuk dua huruf “p” yang beralun. Dan dibawah ini adalah barangan yang telah di per”souvenir”kan …… terima kasih.
folder tebal dalam bilik
*
logonya yang asli...
*
kasi bukak
No comments:
Post a Comment