Tuesday, May 4, 2010

Poster Besi Encik Kent

Kalaulah aku ada komik Action Comics #1 ni…. PAKCIK KAYOOO!!!! Nilai komik ni, jika dalam keadaan near mint (yang mint dah takda kot) USD$1.5 juta (lebih kurang RM4.8juta – lihat posting sebelum ni). Malangnya, aku cuma ada covernya yang telah dibesikan ni saja …hahaha. Komik ini asalnya telah diterbitkan pada tahun 1938 dan ia adalah komik dimana Superman telah muncul buat kali pertamanya. Pernah pada tahun 90an dulu (masuk news nih), seorang bapa di US telah membeli komik ini sebagai birthday present untuk anaknya. Komik ini, yang telah di-secure diantara kepingan plastik (yang mungkin anti-UV dan sebagainya) telah ditunjukkan oleh si bapa kepada anaknya (pegang tak boleh aaaa, tengok saja), dan selepas tu komik tersebut terus dimasukkan ke dalam peti besi bank….
*
*

Yang ni pula sign besi cover Superman #1. Komik asal telah diterbitkan pada tahun 1939. Ia adalah komik pertama yang memaparkan cerita Superman secara keseluruhan didalam sebuah komik. Harga kalau nak beli, USD871,000.00 (sikit lebih kurang RM2.2juta). Ada berani….?

***
*
*

Ini juga adalah cover Action Comics #1 tapi versi Chrome Art yang telah siap diframekan….. (masih lagi menunggu, bilalah Ayah aku nak belikan komik ni untuk aku pula, hahaha)

*

Satu lagi Chrome Art Superman, tapi yang ni aku framekan sendiri (hantar kedai frame le…).



Monday, May 3, 2010

Encik Kent masuk suratkhabar

...dari Metro Ahad 2 Mei 2010





Pelukis Encik Kent

Button berlogo “S” Superman ni agak special sikit. Huruf “g” berwarna gold tu bukanlah superhero/supervillain yang cuba mencalarkan emblem Superman dengan meletakkan logonya disitu. Tetapi, ia adalah initial yang disainkan oleh pelukis siri komik Superman (awal tahun 2000) iaitu Tom Grummet. Aku berkesempatan berjumpa dengannya kat tepi jalan dan ini jer yang senang untuk dia sain sebagai souvenir…


Sunday, May 2, 2010

Encik Kent dan Kolonel...

Ahaaa, yang ini adalah hadiah ihsan daripada Kolonel (B) Harland Sanders kepada para pengunjung yang singgah bertandang di kedai makannya. Ia adalah kotak untuk menyimpan CD yag dikeluarkan sempena filem Superman Returns pada tahun 2006. Dan yang last tu boleh digunakan sebagai dekorasi telefon bimbit.






Saturday, May 1, 2010

Ni la dia Encik Kent

Superman: The Movie telah ditayangkan pada tahun 1978. Aku sempat pi tengok kat panggung wayang cerita ni dulu. Efeknya (untuk waktu itu) sangatlah superb dan scene terbang ke sana sini taklah gonjeng, hahaha…. Cerita Superman ni telah dilakonkan oleh Christopher Reeve sebagai Clark Kent/Superman, Margot Kidder (Lois Lane), Gene Hackman (Lex Luthor), Marlon Brando (Jor-El, bapa Superman) dan lain-lain lagi. Majalah ini pula dikeluarkan sempena filem ini. Macam-macam artikel dan gambar dari filem ini dimuatkan untuk peminat-peminat Superman…




Ini pula adalah akhbar CBG (Comic Buyer’s Guide). Sebuah akhbar yang diterbitkan untuk memberi info kepada peminat/pengumpul komik mengenai dunia komik, apa yang akan keluar, apa yang menarik dan tidak (movers and shakers), dan macam-macam lagi. Issue yang ini bertarikh 18 Sept 1992 dan mempunyai “front-page” mengenai kematian Superman.