Thursday, July 29, 2010

Hard Rock Hotel Penang, bila mau rasmi...?

Pin ini agak special sikit. Ia dikeluarkan pada awal tahun ini sempena pembukaan rasmi atau Grand Opening 2010 Hard Rock Hotel Penang. Bunyi macam power tapi hakikatnya, sampai ke hari ini aku rasa perasmiannya secara besar-besaran masih belum lagi dijalankan. Dua tiga kali aku dok pi sana tanya gadis HRC, dia habaq "...belum lagi la encik". Hard Rock Cafe Penang dah settle upacaranya (boleh check out posting terdahulu), tapi yang ni belum lagi,hahaha . Macamana pun, dah rasmi atau tidak, pinnya dah lama habisss...





Wednesday, July 28, 2010

Pin Cinta...

Pin ini datangnya dari Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Bertatahkan batu permata dan chain Kuala Lumpur, pin ini telah dikeluarkan sempena Hari Kekasih Februari lalu.



*
...yang ni gadis hard rock kasi free


Pin Gitar 4

Pin gitar berukir-ukir ini adalah Hard Rock Penang Couture Pin. Jika diperhatikan, kat tengah tu ada blue diamond (bukan betul la...)



Pin Gitar 3

Juga dari Hard Rock Hotel Penang, pin kenit yang diframekan ini mengambil design gitar Fender Telecaster. Menarik...





Pin Gitar 2

Pin Hard Rock Hotel Penang ini adalah dari siri Fender Guitars yang dikeluarkan pada tahun ini. Mengambil design dari Fender Stratocaster, pin gitar seperti di framekan pada kad kenit nih...