Saturday, August 7, 2010

Cap Kapak

Yaaa Tuan-tuan dan Puan-puan, dipersembahkan untuk anda sekalian pagi ini dua tray minyak cap kapak. Hehehe, aku tahu ramai kollektor yang ada tray-tray seumpama ini, tapi takpa lah, aku postkan juga disini agar sama-sama kita dapat berkongsi dan tengok versi-versi yang ada di pasaran...






bye.....

Friday, August 6, 2010

Akhirnya...

Menyedari dah masuk bulan lapan, selasa lepas aku pun pi la tebus souvenir dari milo ni. Maka sekarang genaplah seluruh set beg dan bola kenit dari milo sempena world cup yang baru lepas ni. Cuma, kalau dapat masa world cup best la sikit, sekarang ni stimnya dah kureng....
*
beg brazil


beg england


...bersama rakan-rakan yang lain


bola kenit brazil bersaiz 0





bola england...




keluarga bahagia bola kenit
(susun ala fun-fair,
kasi jatuh boleh bawa balik...)




Saturday, July 31, 2010

Boh Lapanpuloh

Mug edisi khas teh Boh ini dipersouvenirkan sempena ulang tahunnya yang ke lapanpuluh. Walau pun dikeluarkan pada tahun lepas, ia masih boleh diperolehi lagi sekarang ini...


Friday, July 30, 2010

Susu F&N

Lagi dari siri iklan lama yang telah di scan, kali ini giliran susu F&N. Terdapat dua jenis susu dalam tin ni iaitu susu isian sejat dan susu sejat penuh krim. Satu label biru dan satu lagi label merah. Rupanya sampai sekarang masih dikekalkan warna label macam tu...




*
kita tengok dekat sikit apa dia kata...




*
tin terkini di pasaraya dan
kedai runcit berdekatan




yang dulu
dan yang sekarang

Thursday, July 29, 2010

Lagi satu pin Grand Opening

Pin Grand Opening ni adalah design kedua yang dikeluarkan sempena event ini. Ia mengambil design yang sama seperti pin yang dipakai oleh staff Hard Rock Hotel cuma ada sedikit perubahan untuk membezakan keduanya. Check out gambar yang bawah sekali...