Wednesday, August 18, 2010

Minum susu untuk kesihatan

Souvenir kali ini adalah dari Dutch Lady. Jenuh juga nak perabih susu pasai nak kolek set mug empat biji nih...






*
bahagian belakang mug

Tuesday, August 17, 2010

kotak dah masuk kotak

Dalam banyak-banyak Ahad, pada satu Ahad yang cemerlang ni, tengah dok berjalan kat pasar tani cum car-boot sale di shah alam tiba-tiba kat hujung tu aku ternampak akan sebuah kotak putih bertulisan hitam pekat. Agak menarik perhatian juga dan bila sudah dekat, memang menarik, tertarik dan sangat terbaikkk.
*
Inilah kotaknya, kotak yang digunakan untuk mengisi tin-tin tabung sardin dan mackerel cap ayam seperti yang pernah diposting sebelum ini. Dengan cargas rundingan dijalankan dengan cik kak tuan punya kedai & kotak. Setelah persetujuan dicapai dan perjanjian termeterai, beberapa keping not zeti berpindah tangan dan pemilik baru kotak keramat pun muncul...
*





bukan sekadar kotak, ada isi...

Friday, August 13, 2010

Sudu untuk Cik Maya

Terbaru dari Nescafe, beli serbuk kopi, dapat sudu free. Sudu ini sangat sesuai digandingkan dengan mug nescafe "maya karin", memang ngam...




Thursday, August 12, 2010

Singapura ke KL ke P.Pinang

Terbaru dari Hard Rock Cafe Penang. Menurut Gadis HRC (kalau dia chong aku tak tau le...), pin ini dikeluarkan sempena konvoi besar-besaran bikers harley davidson bermula dari HRC Singapura ke HRC KL hinggalah ke HRC Penang. T-shirt pun ada juga tapi stim aku hanya pada pin...



*
Ini pula adalah beg yang diberikan bila beli pin diatas tu (dia bagi yang kecik saja, tapi kena la ayat sikit Gadis HRC untuk dapatkan beg yang besar tu). Hmmm, dah tak guna beg plastik nampaknya HRC ni. Mungkin ia mengotakan slogannya iaitu "Save The Planet" dan menghentikan penggunaan beg plastik. Syabas, patut dicontohi oleh pasaraya-pasaraya. Jangan asyik nak caj 20sen bila nakkan beg plastik...


Monday, August 9, 2010

Buy Sell and Trade Soda Beverages Collectibles (bhg 3)

Ini pula, tengah dok stim melayan pengunjung yang tak putus-putus serta rakan-rakan bloggers dan para collectors yang datang dari Ipoh, Penang dan Johor, tiba-tiba majlis diserikan pula dengan kunjungan pihak menejemen amcorp mall. Dia kata event ni dah ambil tempat yang berlebihan dari yang sepatutnya. Takpalah, walau pun geng semuanya berbaju merah menyala namun hati dan kepala semuanya kool and the gang, tada hal punyer. Jadi dengan cergas semuanya berpakat dan renovate agar menepati citarasa menejemen...

bro Fitri dan bro Megat kasi adjust sign "Welcome..."


semua barangan terpaksa di rapatkan ke meja


bro blurguyz79 tengah susun semula
crates yang ada


bro Kamil menyelamatkan botol coke mexico...


1, 2, 3....tolaaaak


keadaan selepas di renovate...


Bagi menghidupkan lagi event yang dah sediakala "happening", pihak penganjur mengadakan pula acara kontess. Tak perlu kumpul kupon, tak perlu reka slogan, tak perlu sms. Dengar saja soalan dan terus saja bagi jawapan. Survival of the fittest, siapa cepat dia dapat. Pemenang pertama? Tak lain dan tak bukan, En Freddie.... (sorry gambaq tak sempat ambik)

bro kamil sebagai MC
(hadiah dah ready kat tangan)


bro Nazrin, bro Kamil dan Dato' Chua
selaku mastermind acara kontess


difahamkan (kalau tak silap) sponsor hadiah kontess adalah Dato' Chua, terima kasih banyak
(sedang pilih present nak bagi tu...)





...dan inilah yang berjaya aku menang
TQ, TQ, TQ...






Kepada pengunjung yang hadir, tak ada yang pulang dengan tangan kosong. Semuanya akan dapat souvenir gelas RC Kickapoo ni. Bessst...


Ini pula adalah card holder Coca Cola
souvenir dari bro Blurguyz79. Thanks Bro...


Bila jam sudah hampir 3:30ptg, barulah tersedar, barang dapur untuk minggu yang mendatang belum settle lagi. Kalau ikutkan hati, hati memang dah happy, dapat jumpa geng collectors, dapat barang colletible, dapat menang kontess dan macam-macam lagi. Tapi apa boleh boleh buat, buah hati nak kena jaga juga, hahaha... So, bagi rakan-rakan yang sebelum ini aku hanya kenal dari depan notebook tapi akhirnya dapat bersua muka, bro Kamil, Fitri, Blurguyz79, Nazrin, Megat, Junker Ipoh, Dato' Chua, Sham, Freddie, Simistri, Wong Cin Cai, Azlan Ipoh Station, Din Posto and the rest of the gang, yang mana aku sempat bersembang atau hanya sekadar bersalaman, aku ucapkan thank you for making 080810 the best amcorp visit ever. Dan kepada penganjur dan peserta dan collectors yang telah menjayakan event Buy Sell and Trade Soda Beverages Collectibles, surely this is just a teaser and the next one's just brewing 'round the corner....
*
Thank you all.