Tuesday, June 26, 2012

isi.....tarak

Makan-makan di foodcourt KLCC, dapat pula souvenir bekas makanan siap dengan sudu garfu ni. Syaratnya...bila memesan makanan, kenalah order sekali ayaq F&N...



Monday, June 25, 2012

mai kot mana ni...?

Jalan-jalan petang tadi, terjumpa pula versi "ada kotak" nih. Aduuuhhh, kenapa sekarang??? Apa boleh buat ...terus angkat ...terus tangkap gambar ...terus masuk blog ...terus masuk kotak.


dulu satu, kini bertiga.....

Ahaaa...cawan kopitiam Nescafe Menu kembali lagi. Eloklah tu, dulu aku sempat dapat sebiji saja, kali ni aku angkut selori.....hahaha. Takde lah, acah aje, tambah dua biji saja lagi. Jadi, bagi yang ter-miss dulu atau pun yang ingin menambahkan lagi koleksi cawan ini bolehlah ke pasaraya-pasaraya sementara stok masih ada. Cuma, promosi kali ini adalah bagi pembelian Nescafe Menu Ipoh White Coffee sahaja, Nescafe Menu yang lain takda offer.....





Sunday, June 24, 2012

minum susu hari ni.....?

Mug plastik F&N susu serbuk penuh krim yang aku dapat sewaktu meronda pulau mutiara beberapa bulan yang lepas. Kondisi masih cun melecun namun hanya lima biji saja yang berjaya diperolehi. Taukehnya bilang sebiji lagi dah hilang.....hmmm.





Saturday, June 23, 2012

burung dari syorga...

Beli beras Birds of Paradise, dapat pula sudu ni. Bukan satu tapi dua. Kenapa ya? Takpalah, bak kata orang putih....."who's complaining?"