Penanda buku daripada F&N sempena produk susu pekat terbarunya. Tak perlu kata apa-apa... lalu dan senyum saja dan Cik Amoi yang sedang mempromonya akan menghulurkan sekeping dua buat souvenir.
Wednesday, October 17, 2012
Tuesday, October 16, 2012
terjenguk-jenguk.....
Bila aku nampak kotak bawah ni bersusun rapi kat kedai biru putih, aku agak teruja juga. Ya lah, produk Nestle tu...semestinya ada yang istimewa sempena sambutan perayaan seratus tahunnya ya tak...?
Nak aku buka kotak untuk periksa mug di dalamnya, ber-seal la pula. Jadi terpaksalah aku belek dan check dari luar saja...hahaha.
...pandangan dari atas
amaran...
...dan kandungan
Inilah dia bila dikeluarkan dari kotaknya...
Takda pula logo 100 Tahun Nestlé Di Sisimu...promo biasa je kot.
Takda logo pun takpa lah. Aku angkat juga dua biji saja buat kenang-kenangan dan senang sikit bila nak bergambar untuk blog, sekali shoot terus dapat gambar depan belakang.
Lagi pun, kalau dah ada "ku untuk mu" kena lah ada "mu untuk ku" pula ya tak....hahaha.
Monday, October 15, 2012
ingatkan frisbee...
Salam dan Selamat Sejahtera..... Lama juga aku tak bersiaran, lebih sedikit dari sebulan nampaknya. Minta maaflah ya sekiranya ada yang singgah namun takda apa yang baru dihidangkan. Tapi takpa, hari ini aku akan kembali bercerita dan memandangkan post aku yang terakhir adalah souvenir daripada Dutch Lady, maka baik juga kalau aku kembali berblogging dengan souvenir terbaru daripada Dutch Lady dan inilah dia..... si Merah dan si Biru. Amendenya tu?
Ahaaa...seperti biasa, kalau hendakkan souvenir, mestilah ada pengerasnya. Kenalah aku beli sekilo susu segera Dutch Lady macam yang di bawah ini. Cik Amoi kata ini produk baru, bagus untuk tulang dan sesuai di minum oleh orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Yang tu semua aku boleh baca pada label cuma soalan aku pada Cik Amoi, kalau aku beli sekilo ni, aku dapat satu saja souvenir atau kedua-dua yang merah dan yang biru. Hahaha....itu yang lebih penting ka....?
Cik Amoi pun cakap, "encik beli ini pek encik dapat satu set, encik beli ini pek dua kilo dapat ini hadiah". Souvenir untuk belian dua kilo merupakan balang bekas cookies dengan chop Dutch Lady pada bahagian bawah. Kurang menarik pula balang tu, harga untuk dua kilo pun agak kurang menarik juga.... lebih empat puluh ringgit, hahaha. Maka aku pun memilih pek sekilo dan dapatlah souvenir sekotak macam yang kat bawah ni...
Dan inilah dia souvenir yang keluar dari kotak tu. Dua biji mangkuk-boleh-runtuh (collapsible bowl) yang berpenutup warna biru dan merah.
Nampak leper saja, tapi bila ditekan-tekan dalamnya terus kembung dan bertukar jadi seperti di bawah tu.... macam magic pula, hahaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























