Tuesday, February 5, 2013

buat pakai jalan tengah panasss...

Pastinya ramai di antara peminat Coca Cola sudah pun ada dalam koleksi masing-masing topi Coca Cola ini. Pertama kali muncul sebagai souvenir percuma di kedai hijau kuning pada tahun lalu, ia muncul semula sebagai souvenir di kedai akhbarku.


Aku pula sebenarnya baru sahaja membeli topi ini. Syarat pembelian, kenalah beli sebotol ayaq Coke (atau rakan-rakannya), lepas tu barulah boleh beli topi ini dengan harga tujuh ringgit sembilanpuluh sen.


Kena pula hari aku nak beli tu, promosinya baru sahaja tamat pada hari sebelumnya, jadi aku dapatlah beli topi ini tanpa perlu membeli sebarang ayaq Coke....hahaha.


Dan memandangkan tarikh promosinya baru saja berakhir, aku pun minta sekalilah display yang digunakan untuk memperagakan topi ini, dan Cik Nona yang bertugas pun berkata..."abang nak, ambik la". Aduuuhh....tenkiuuuuu.




Monday, February 4, 2013

Nissan 350Z

Nissan 350Z
dari siri Night Burnerz - HW City



 








bukan dulang hantaran...

Ada Coca Cola botol putih?
Ahaaa...bukannn.


Ini hanyalah logo Coca Cola pada bahagian belakang kotaknya yang serba merah.


Bahagian depan kotak...barulah nampak logo Coca Cola yang biasa, siap dengan dynamic ribbon-nya.



Isinya...



...dan inilah dia serving tray Coca Cola dari promosinya yang terkini sempena sambutan Tahun Baru Cina. 


Tray ini boleh diperolehi secara percuma sahaja. Tapi bagi mendapatkanya, senyum-senyum saja tak dapat la bang...


Syarat promosi, kenalah beli produk Coca Cola (atau minuman yang mengambil bahagian) berjumlah tigapuluhlapan ringgit, barulah boleh dapat sebiji tray besi ini secara percuma. Dikatakan, nilai tray ini adalah sepuluh ringgit setiap satu, tapi tak pula dijualnya dengan harga sebegitu. Nak dapat satu, mesti mau ikut syarat promo yang ditetapkan...



Tapi, sejak kebelakangan ni, promonya dah agak bertukar sedikit. Di sesetengah pasaraya ada promo yang mensyaratkan, dengan pembelian satu karton ayaq tin Coke (dalam dua puluh ringgit lebih) dah boleh dapat satu tray besi ni, siap dengan peket angpow sekali. Ini sudah bagus. Jimat le sikit dari kena belanja tigapuluhlapan ringgit .....ya tak?


Aku? Hehehe...promo yang aku dapat agak spesial sikit. Sewaktu aku lalu kat kaunter perkhidmatan pelanggan, sempatlah aku buat-buat bertanya dengan Cik Nona bertugas, apakah syaratnya nak dapatkan tray Coca Cola tu. Jawabnya..."Encik beli tiga botol satu setengah liter boleh dapat satu tray". Eh, ini promo aku belum pernah dengar lagi. Aku pun tanya balik kat dia, "betul ka ni, bukan ka syaratnya.....". Cik Nona pun mencelah "takpa...Encik beli tiga botol saya bagi satu". Hahaha...memang betul la nilai tray ni sepuluh ringgit. Beli tiga botol dalam sembilan ringgit lebih, dapat la aku satu tray ni.....


Iklan selit-selit "Percuma Dulang Coca Cola"


Iklan kadbodnya.....

Sunday, February 3, 2013

Ferrari F12Berlinetta

Ferrari F12Berlinetta
dari siri HW All Stars - HW Showroom













Angry Birds Minion

Angry Birds Minion
dari siri 2012 HW Premiere - HW Imagination











Terdapat tiga variasi kad di mana tulisan Angry Birds berada pada tempat yang berbeza-beza.