Monday, October 7, 2013

ku lihat.....hijauuuu

Jalan-jalan hujung minggu, pastinya akan membuahkan hasil (dan mengempiskan isi kandung dompet). Mana taknya, hanya pada hujung minggu sahaja kita akan terserempak dengan acara-acara seperti di bawah ni. Bila dah nampak, pasti nak tengok dekat-dekat. Bila dah dekat, terus lah melekat, dan kesudahannya mestilah...angkat.



Haaa.....jadi, benda yang aku angkat hari tu adalah pek Milo kotak ni. Bukan satu pek tapi dua pek. Satu pek ada enam, maka dua pek ada la duabelas Milo kotak ni...


Tapi angkat bukan sebarang angkat, ini angkat, penuh dengan hasrat. Hahaha...kalau dah sampai dua pek belinya mesti ada tujuannya ya tak? Yeahhh, ganjarannya adalah, dengan membeli dua pek tadi tu maka aku dapat le set alatulis Milo ni...


Satu set yang lengkap, ada pensil, pengasah pensil, getah pemadam, klip dan kotak pensil .


Ok apaaaaa.......hehehe.


Friday, October 4, 2013

rock...jangan tak rock

Dari tahun sembilanbelas sembilanpuluhsatu, aku persembahkan.....majalah poster rock, Metal Hammer Poster Express. Di dalamnya, ada limabelas mega poster rockers lama, Black Sabbath, Scorpions, Iron Maiden, Deep Purple, Judas Priest dan macam-macam lagi. Sayangnya, aku belum cukup kuat nak tarik keluar dan frame-kan poster-poster ni dari bukunya. Jadi aku minta maaf banyaklah kalau posting aku ni, gambarnya separuh-separuh lah ya...











Thursday, October 3, 2013

...kasi nampak rugged sikit

Ada yang mengenali jenama ini? Yeahhh, jenama seluar jeans Bobson. Aku biasa pakai seluaq jeans ni dulu, tak ingat pula masa tahun lapanpuluhan ka sembilanpuluhan. Macamana pun, seluaq tu semua aku takda dah, yang tinggal hanya buckle kulit ni saja. Jadilah...buat kenang-kenangan.



Wednesday, October 2, 2013

...penat beratur nih

Beberapa first day cover keluaran tahun ini.....


Rumah Api di malaysia Siri 2
Tarikh Keluaran: 30 April 2013






Keajaiban Hutan-hutan Di Malaysia
Tarikh Keluaran: 13 Mei 2013







Terumbu Karang Malaysia
Tarik Keluaran: 28 Jun 2013







Ulam Di Malaysia
Tarikh Keluaran: 25 Julai 2013







Pameran Setem Ke-3 Tri-Nation
Tarik Keluaran: 23 Ogos 2013







Muzium & Artifak
Tarikh Keluaran: 31 Ogos 2013





Tuesday, October 1, 2013

...dah keluar ka?

Tarikh dah sama dengan hari ni, 1 Oktober.
Album baru Iron Maiden ka?


Menarik...
beli kaset boleh dapat poster percuma.


Hahaha, tapi itu kalau beli dulu la....tahun 1990.
Sekarang yang tinggal hanya flyer ni je...