Friday, November 8, 2013

kalaulah kat rumah ada yang macam tu...

Jalan-jalan di kedai hijaukuning, terjumpa pula aku akan yang dibawah ni. Langsung aku bertanya akan Cik Amoi yang bertugas, "...apakah gerangan display yang serba indah ini?". Jawab Cik Amoi nan jelita, "encik boleh cuba cokelat ini, yang mana encik paling suka saya akan tambah nombornya". Ooooo, "...macam survey la ni". Kalau macam tu, aku kena la try semua, baru boleh bagi penilaian tepat...hahaha.



Setelah kesemuanya aku cuba dan membuat pilihan, untuk tidak menghampakan Cik Amoi yang telah dengan tekun dan baik hati melayan aku, maka aku pun belilah cokelat Cadbury Roast Almond dan Mixed Nuts ni.


Menampilkan grafik pada bungkusan dengan design yang terbaru, rasanya juga macam lebih sedap dari dulu. Tak tahulah samada terkesan dari layanan Cik Amoi Cadbury atau tidak, tapi memang best pula cokelat ini kali ni. Lebih-lebih lagi yang Roast Almond tu.


Satu lagi yang best, adalah harganya. Biasanya dalam tujuh ringgit lebih hampir ke lapan, tapi masa promosi ni lima ringgit lebih saja. Haaa...ok sangat la tu. Itu yang boleh balun sampai dua ketul sekaligus...hahaha.


Dan bila dah try dan beli sampai dua tu....kenalah ada souvenir kannn. Jadi dapat le iklan selit dan iklan gantung ni buat kenang-kenangan.


Thursday, November 7, 2013

...bukan sekadar celup dalam teh O

Aku rasa dah bermacam-macam juga buku dan booklet termasuklah kad-kad resepi yang aku ada. Dari masakan yang berasaskan sos-sos istimewa lagi mengasyikkan, sehingga ka yang berasaskan teh serta pelbagai minuman yang memberangsangkan, dan juga masakan-masakan dari kaum Cina, India, Melayu dan kaum-kaum etnik Malaya yang serba-serbi lazat dan berkhasiat, termasuklah resepi-resepi makanan Barat hinggalah ke Timur Tengah. Dalam banyak-banyak tu (walau pun belum satu pun aku dah try masak...) ini adalah kali pertama aku dapat booklet resepi yang berasaskan biskut. Ya Tuan-tuan dan Puan-puan, dengan menggunakan biskut Munchy's Oat Krunch, pelbagai variasi makanan dan minuman menakjubkan boleh disediakan. Hebat. Aku baru saja dapat booklet resepi ni dari kedai hijaukuning. Syaratnya mudah saja, beli satu pek biskut dengan harga istimewa enamringgit lebih, Cik Amoi pun bagilah aku satu booklet ni. Tapi, pek dah tinggal setengah, resepinya masih belum dicuba lagi...hmmm.










Wednesday, November 6, 2013

teh C satuuu...

Biasanya kalau paper cup merah menyala macam ni mesti Nescafé punya, tapi yang ini adalah daripada Carnation. Dari keluarga produk Nestlé juga...kira sama geng la tu.


Ok, souvenir-nya kali ni ada dua.
Yang di bawah ni adalah buku nota kecilnya.


Ada penutup macam ni...


...dan bila dibuka,
jadi panjang macam ni.


Siap ada resepi dan teknik membikin omellete.
Mmmmm...


Dan ini dia souvenir yang satu lagi,
bekas minuman yang tahan panas dan juga tahan karat.


Jangan tak tahan lama sudah...hahaha.


Oh ya, semua ni diperolehi dengan membeli
empat tin susu cair Carnation di kedai hijaukuning.


Monday, November 4, 2013

mari cuba...mari cuba...

Beberapa paper cups terkini.....


Nescafé Ipoh White Coffee
lawa juga yang ni...




Indomie
mula minta tak nak bagi...



Kopiko
hmmm...tak pasti pula baru ka lama ni



Mi Sedaap
plastik tuuuuu...



Nestum
soalan biasa...abang nak buat apa dengan cup ni?



Pran Jus Mangga
...yang ni memang sedap



F&N Seasons
..."sorry encik, satu saja boleh"



Hmmm tak pasti pula jenamanya,
tapi sampelnya adalah sayur-sayuran segarrr...


Friday, November 1, 2013

kad lagi...?

Ini dia dua set kad resepi yang aku perolehi secara percuma tanpa perlu beli apa-apa pun...hahaha.


Aku hanya lalu di luar kedai, ternampak timbunan kad-kad ni kat tepi cashier dan aku pun tanya...apa tu? Cik Cashier kata..."ini kad resepi", dan terus memberikannya kat aku.


Orang kata, rezeki jangan ditolak... jadi aku pun ambil dan check it out sambil berjalan.


Ooooo, sempena ulangtahun ke limapuluh kedai epal hijau ka...


...terbitan alaf 21.