Thursday, March 11, 2010

Jangan Tampal Merata-rata

Hehehe, ini adalah stickers dari majalah Gila-gila tahun 90an (atau 80an?). Tak pasti pula tahun sebenar ia dikeluarkan sebab semuanya dah siap digunting macam ni dan lama dah masuk kotak. Tapi yang pastinya, Gila-gila adalah majalah humor Malaysia yang unggul hinggalah ke hari ini...
*

Wednesday, March 10, 2010

Membeli Sambil Beramal

Pin ini adalah dari Signature Series 27 yang menggabungkan Hard Rock dengan kumpulan rockers lagenda The Who sempena projek City of Hope. City of Hope antara lain giat berusaha menangani penyakit-penyakit seperti kanser, diabetes, dan HIV. Dengan pembelian pin ni, dapat le membantu sikit dalam usaha murni ini…





Sebuah pin yang dikeluarkan sempena kempen WHY (World Hunger Year) iaitu “Imagine There’s No Hunger” bagi mengatasi masalah sosial seperti kelaparan dan kemiskinan. Terdapat dua versi yang dikeluarkan kat Malaysia ni, satu KL punya dan satu lagi Penang mari...








Pin in pula telah dikeluarkan pada bulan Oktober 2009 dan dinamakan ’09 Pinktober Pin. Dengan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap breast cancer, Hard Rock telah bekerjasama dengan The Breast Cancer Research Foundation dan setiap pembelian pin ini meyumbangkan 15% daripada harga pembelian kepada yayasan tersebut.




Yang ni pula, masa beli kat Tanjung hari tu, tukang jual tu kata nama dia Stardust Guitar Pin, dasyat tuh. Dan yang paling bestnya, pin ni adalah yang terakhir (daripada edisi terhad 300 biji) dijual kat situ. Sebab, masa tengah dok belek pin ni, ada la satu mamat ni masuk kedai dan bertanyakan tentang pin ni dan tukang jual tu kata dah habisss. Hahaha, rejeki, rejeki...



Ini pula pin yang dikeluarkan sempena ulangtahun Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang ke 18...


Tuesday, March 9, 2010

Dulu Besar Sekarang Kecil...

Pagi ni, sebelum start baca paper, aku nak cerita sikit pasal NST (New Straits Times), suratkhabar berbahasa Inggeris paling lama di Malaysia. Nama asalnya ialah The Straits Times dan telah wujud sejak tahun 1845 lagi. Nama The Straits Times ni pula telah diguna pakai sehinggalah tahun 1965 iaitu pada tahun Singapura berpisah dengan Malaysia, dimana di Malaysia namanya bertukar ke New Straits Times dan Singapura pula mengekalkan nama The Straits Times. Di Malaysia akhbar ini telah diterbitkan dalam format “broadsheet” yang biasanya melebihi 22 inci. Inilah format saiznya sehingga 16 April 2005 dan selepas itu ia telah diterbitkan menggunakan saiz “tabloid” (senang nak pegang…). Dan inilah dia suratkhabar NST saiz besar yang terakhir…




Wednesday, March 3, 2010

Dah Tak Muat Nih...

Ini adalah t-shirt PJ Half-marathon yang telah dianjurkan oleh MPPJ (sekarang MBPJ) pada tahun 1989 sempena menyambut ulangtahunnya yang ke 25. Masih cantik, masih bersih... apa mungkin tuannya pi register tapi datang pada hari larian diadakan? Hmmm.....





hey big sponsor...





Tuesday, March 2, 2010

Kasi Wangi Sikit

Botoi apa pulak ni? Lain macam je. Tapi yang pastinya ini bukan botoi untuk simpan ayaq penin-penin, haha. Ini ialah botol pewangi Old Spice yang Ayah aku pakai zaman 70an dulu. Entah macam mana, sampai ke hari ni masih lagi dalam simpanan aku. Isi pun dok ada sikit lagi…
*

Botol ini bermotifkan wajah Ferdinand Magellan (pengembara masyhur zaman lampau) dan kapal layar serta peta dunia. Kiranya apa yang hendak ditonjolkan disini ialah, pengguna pewangi ini adalah berjiwa pengembara dan sentiasa bersedia menghadapi apa jua cabaran yang bakal melanda. Kasi promo Old Spice sikit….

*

Pada bawah botol tertera, 1976, Old Spice, Coin Decanter, Deluxe Cologne, Shulton Inc, Clifton NJ87015, 6Fl 0zs. Kalau tak silap aku, sampai sekarang pun Old Spice masih ada lagi.

*

Yang ni pula saja aku masukkan kat sini sebab dah dok bercerita pasal wangi-wangian.

*

botol kenit…