Friday, July 23, 2010

Groovy Chick & Lipton

Memperkenalkan......teh Lipton uncang yang penuh citarasa. Dengan satu uncang sahaja anda akan menikmati teh yang cukup sempurna, penuh nikmat dan perisa. Ayuh join geng "jigglers" nih... hehehe






Lipton versi terkini...

Lagi dari Lipton

Mug dari Lipton ini dah lama dapat. Souvenir masa beli Lipton tri-in-wan dulu...



Yang ni baru sikit. Designnya tak banyak beza cuma kat handle ada lubang untuk masukkan sudu (warna pun lain sikit). Souvenir sewaktu beli teh Lipton berperisa Caramel, Vanilla dan Lipton Gold.



Ubat Gigi Batman

Souvenir dari Batman? Hahaha, beli ubat gigi dapat badge free, kira ok la tu. Dah la tengah sale, terus angkat tiga set...








Thursday, July 22, 2010

Nescafe "The New Malaysian Thing"

Souvenir dari nescafe. Bagi mempromosikan 3 jenis tri-in-wan yang baru iaitu nescafe Ipoh White Coffee, nescafe Tarik dan nescafe Kopi Neslo, nescafe memberikan cawan dan piring ala kopitiam ni. Kalau dibeli dari Carrefour set ni datang begitu saja, bubuh dalam plastik dan boleh bawa balik. Tapi, kalau dibeli dari Tesco (waktu promosi), ia datang siap dibungkus dalam kotak, sangat menarik, berlogo dan kemas. Hahaha malangnya info tu aku perolehi sendiri bila pergi ke Tesco, dua hari selepas ke Carrefour...
*







Sup Campbell's

Souvenir kali ni datangnya dari keluarga Campbell's. Dengan membeli pek 3 kotak sup segera Campbell's, dapatlah mug ala bolasepak ni. Sesuai untuk dibubuh sup cendawan dan dilayan sambil tengok game bola atau apa saja yang ditayangkan di kotak hitam kat rumah tu...