Monday, August 29, 2011

timur barat utara selatan...

Diberi jolokan set Blue Navigator, mungkin kerana adanya imej ala kompas pada permukkan kad dan warna biru yang mendominasi keseluruhan kad. Aku berjaya memperoleh set yang masih bersealed ini dengan harga yang boleh dikatakan agak menakjubkan. Yeahhh, hanya dengan harga lima puluh sen, servis berpindah tangan dan aku menjadi pemilik baru set playing cards MAS ini.
























semuanya kelabu.....

Set playing cards serba kelabu ini juga didatangkan khas oleh MAS. Dengan sedikit corak ala-ala batik keemasan, set ini memaparkan barisan joker yang biasa dilihat pada set-set MAS terdahulu kecuali kad joker dengan imej waunya yang kelihatan lebih bulat daipada biasa...
















kad batik lagi ka...?

Sebuah lagi set playing cards MAS, tapi kali ini memaparkan corak batik pada kotaknya. Hmmm... pandang punya pandang, corak batik ni macam sama dengan corak batik pada uniform Cik Pramugari, betoi ka.....?










merah sangat la mak ngah...

Setakat nak main chess saja mana boleh jalan, ya tak? Mesti nak pekena kad juga. Main jinrami ka, colek ka, idak pun main tujuh diamond....hahaha. Ini dia set kad MAS dengan kotaknya yang serba merah. Terpampang tulisan Temptations Inflight Shopping pada depan dan belakang kotak. Kadnya....alamak, terlupa nak buka untuk photo shoot.








Sunday, August 28, 2011

macamana nak main ni...?

Ini dia set Backgammon, Catur dan Dam bermagnet dari MAS. Kalau digunakan untuk bermain sewaktu penerbangan, dan pesawat ada goyang-goyang sikit, tak perlu risau kerana buah dam/catur takkan terpelanting mahu pun tergolek keluar dari papan kerana semuanya melekat tersemat pada papan dengan kuasa magnet yang ada.....tapi sampai sekarang tak pakar-pakar bermain backgammon tu, hahaha.