Sunday, September 25, 2011

bukan toyol...

Sebuah deck yang bertemakan Trolls dari Norway...



...dan seekor Troll sebagai souvenir




besaqnya.....

Ini dia set kad paling besar dalam koleksi ...dah masuk kotak. Saiznya lebihkurang tiga atau empat kali ganda saiz kad biasa dan didatangkan dalam kotak khas beserta labelnya yang embossed. Dengan nama Kingsbridge, Billboards Giant Size Playing Cards, set kad ini adalah buatan negara Austria dan bagi aku hanya sesuai sebagai perhiasan sahaja sebab terlalu besar untuk dipegang. Tapi kalau nak cuba main, apa salahnya.....hahaha. 



bukan youtube...

...dan ini pula adalah set daun terup dengan imej poster-poster daripada koleksi Underground UK yang diambil daripada The London Transport Museum.



sudah aman...?

Sebuah deck yang memaparkan imej poster-poster dari zaman perang dunia kedua yang sumbernya adalah daripada London Transport Museum, Imperial War Museum dan Public Record Office.



Saturday, September 24, 2011

mai mana pula ni...

Sepasang kad dalam kotak plastik yang masih bersealed dan cantik. Terlupa pula macam mana boleh masuk dalam koleksi ...dah masuk kotak. Yang pastinya, dah agak lama juga aku simpan set ni, dan uniknya kad Queen tu bukannya huruf "Q" tapi huruf "D", ahaaa.....