Sunday, October 30, 2011

bukan Gleneagles...

Bermula seawal tahun 1867, Alan Gow telah membeli sebuah kapal layar bagi menjalankan perniagaan diantara Glasgow, Liverpool dan Chile.  Sehingga tahun 1880, barulah tertubuhnya syarikat MacGregor, Gow and Co dan mula menjalankan perniagaan hingga ke India dan Timur Jauh. Syarikat Glen Line akhirnya ditubuhkan pada tahun 1910 dan kebanyakan kapalnya mempunyai nama “Glen” di hadapannya seperti Glenartney, Glengarry, Glenogle, Glenfalloch, Glenorchy dan Glenroy. Glen Line terus beroperasi sehinggalah ke tahun 1978…..

Dan ini pula adalah set playing cards daripada Glen Line, Glencards?...hehehe. Siap dengan kotak berwarna merah, terdapat dua deck di dalamnya yang mana masih bersealed dan ber-sticker pembikin set ini iaitu De La  Rue.....












kulit apa tu...

Sebuah lagi set dua deck daripada OCL, cuma kali ini dalam kotak ala-kulit dan keluaran Waddington's Playing Card Co. Ltd,  Leeds and London.










sedikit kisah kapal...

Pada tahun 1969, empat buah syarikat perkapalan Inggeris iaitu British and Commonwealth Shipping, Furness Withy, P&O dan Ocean Steamship Company telah bergabung dalam sebuah konsortium dan menubuhkan Overseas Containers Limited atau OCL yang memberikan perkhidmatan kontena dan juga perkapalan ke serata dunia.

Pada tahun 1986, P&O telah memperoleh baki saham daripada Ocean Steamship Company dan British and Commonwealth Shipping menjadikannya syarikat pemilik OCL dan pada tahun 1987 menukarkan nama OCL kepada nama P&O Containers Ltd (atau P&OCL). Walau bagaimana pun, nama ini bertukar lagi pada tahun 1996 menjadi P&O Nedlloyd akibat daripada gabungan P&O dengan Nedlloyd. Akhirnya pada Februari 2006, A.P. Moller-Maersk Group dari Denmark telah membeli P&O Nedlloyd dan nama Maersk Line telah digunapakai sehingga kini.

Set dua deck ini adalah daripada OCL, satu deck dengan imej logonya dan yang satu lagi dengan imej kapal. Complete dengan kotak plastik hitam putih berlogo embossed Centaur Blue Funnel, set dua deck ini masih bersealed dengan cap mohor pembikin deck ini, De La Rue Playing Cards.....










bukan EPL...


American President Lines Ltd (atau APL) merupakan sebuah syarikat kontena dan perkapalan yang ke-empat terbesar di dunia dan menjalankan servis kepada lebih seratus empat puluh buah negara. Bermula dari tahun 1938 dan berasal dari sebuah syarikat bernama Dollar Steamship Co., ia telah diambil alih oleh U.S. Government dan American President Lines Ltd pun ditubuhkan dan wujud sehingga kini.

Di bawah ini pula adalah set kad daripada syarikat perkapalan tersebut. Dikeluarkan oleh AGC Playing Cards Hong Kong, ia didatangkan dalam kotak plastik bersampul dan terdapat dua deck yang masih bersealed didalamnya. Jom kita pekena gin rummy seround.....









Saturday, October 29, 2011

yang biru dan yang merah...

Hari tu beli sos pasta dapat sos tomato kenit sebagai souvenir. Kali ini beli dua tin sos pasta Prego dapat pula souvenir penyepit spageti. Memang ngam sangatlah tu, boleh guna bila nak makan spageti...