Sunday, March 25, 2012

Karnival 100 Tahun Nestlé Di Sisimu...bhg akhir

Ini dia angka angka seratus dengan warna rasmi Milo yang melambangkan sambutan perayaan ulangtahun 100 Tahun Nestlé Di Sisimu....


Sempat digunakan oleh adik-adik ni untuk perposing...


Dan kini tibalah maskot Milo kotak bersama assistant-nya.


Disaksikan oleh pengunjung sekelian...


Si maskot perlu menendang bola Milo itu...




...sehingga masuk ke dalam lubang angka kosong yang tadi tu. Namun setelah beberapa kali mencuba, dia tidak berjaya juga.


Takpalah, kini peluang dibuka kepada sesiapa saja yang ingin turut serta.


Eh.....Mat Kool!!!
Nak ke mana tu.....?


Bagi yang penat berjalan dan ingin berehat seketika, disediakan beberapa khemah di mana pada bahagian sandar tempat duduk dipaparkan sedikit sejarah Nestlé mengikut tahun-tahun tertentu. Surau juga disediakan agar tanggungjawab yang satu tetap disempurnakan.




Ahaaa...waktu tengahari panas terik ni, memanng syoh kalau pekena produk brader nih...


Yang ini...


...dan juga ini. Tapi semua ni tak free la...


Kalau nak yang free, kena singgah sini...



...atau sini. Ambil banyak mana pun diorang tak kisah.Satu round, dua round, lima round sekali pun... on saja. Memang best ler hari tu, boleh pekena Milo kaw-kaw...






Barisan lori-lori kesukaan ramai.


Maka berakhir sudah coverage aku sempena Karnival 100 Tahun Nestlé Di Sisimu. Sebenarnya ada bermacam-macam lagi aktiviti yang dijalankan seperti Walkathon Sekeluarga, Persembahan Aerial, Lukisan Kanvas 3D Terbesar dan acara kemuncaknya pada sebelah malam iaitu Konsert bersama artis-artis popular. 


Tapi, badan sudah letih, perut sudah kenyang dan hati pun dah senang... maka tibalah masa untuk aku pulang. Terima kasihlah Nestlé kerana berada di sisi, teruskanlah sehingga seratus tahun lagi...

Saturday, March 24, 2012

Karnival 100 Tahun Nestlé Di Sisimu...bhg 4

Lepas Milo, Nestea pula. Di bawah ni aktivti free sampling sedang berjalan.


Di bahagian belakang pula, sangat meriah suasananya. Setiap peserta yang mengambil bahagian perlu berada di dalam bulatan dan menari dengan sepenuh hati sambil menggoncangkan botol Nestea (yang penuh dengan ayaq Nestea).



Kata pengacara, "saya mahu lihat peserta berpeluh macam saya, dan kalau dahaga boleh minum air Nestea yang baru digoncang tu...". Sampai tergelak la si Gadis Nestea...


Ini pula area Nestlé Bliss, minuman yogurt.


Seorang Chef berkaliber sedang menerangkan resepi yang menggunakan Nestlé Bliss.



Dari jauh lagi sudah kelihatan ramai pengunjung di tempat Maggi.


Rupanya sedang dijalankan soalan trivia  Maggi.


Di antara soalan yang diajukan adalah, ada berapa perisa mee Maggi di pasaran...


Dan pastinya, sesiapa yang terpantas menjawab dengan tepat akan menerima hadiah (boleh tahan juga beg Maggi tu...).


Bagi yang ingin berkongsi pengalaman bersama Maggi, bolehlah menulis dan lekatkan di sini.


Sos Cili Maggi mai dari sini la.....


Ini pula adalah kaunter kentang putar Maggi Mash.


Ramai yang beratur untuk test kentang putar nih, termasuklah si tukang susun kotak.


...sambil pekena, jangan lupa minta paper cup...hahaha.


Yang sebelah kiri tu maskot Maggi Mash, Mr. Mash dan disebelahnya...errrr, kawannya.


Tak sempat pula tengok yang ni...


Nestlé dan pemakanan kanak-kanak...




Ini pula area pelbagai produk cereal Nestlé.


Tiba-tiba ternampak pula dua ikon dunia masakan Malaysia, iaitu Dato' Chef Ismail...


dan Chef Florence Tan.


Keduanya sedang mengacarakan permainan teka-yang-mana-satu Koko Krunch di dalam empat bekas yang disediakan.


Teka dengan tepat dan peserta akan dihadiahkan dengan sekotak Koko Krunch.


Nestlé Health Science, boleh dapat nasihat pemakanan dan kesihatan di sini.


Bagi penggemar kucing pemeliharaan, bolehlah ke booth Friskies.


Kalau tunggu sampai pukul empat petang, boleh bertemu dengan Sazzy Falak..... ahaaa.