Friday, June 22, 2012

betul...betul...betul...

Masa aku mula perasan iklan KFC yang menawarkan figura Upin dan Ipin ni, aku ingatkan nak biarkan berlalu begitu saja. Tapi mengenangkan karakter yang ditawarkan adalah dari siri animasi anak tempatan, dan figuranya pula agak kemas buatannya, maka aku pun kumpul le juga. Habis set A, B dan C aku cuba..... hahaha. Layannn.....









Thursday, June 21, 2012

warna pelangi? .....tak cukup

Kalau dulu-dulu, susu mesti warna putih, habis kuat pun warna cokelat kalau tak pun pink. Tapi sekarang ni  (bawah) tengok.... Macam-macam warna dan perisa ada.


Namun, itu semua hanya alasan sahaja.....hahaha. Fokus sebenar adalah yang ni haaa. Dapat souvenir crayon dengan setiap belian sebotol susu Magnolia Smoo. Beli lima botol, dapat le lima kotak.



Tapi...setiap kotak ada empat batang crayon sahaja.....kah kah kah.


Wednesday, June 20, 2012

gila kentang ka kentang gila...?

Kat Kelana Jaya ni ada satu kompleks membeli-belah yang baru dibuka pada hujung bulan lima hari tu. Dan seperti orang lain juga, aku pun takde le nak lepaskan peluang untuk pergi. Biasa la, kompleks baru buka, macam-macam yang baru dan tak kurang juga souvenir yang free....kah kah kah, sampaikan parking pun free.... 

Ok, ronda punya ronda, kaki pun penat dan bila naik ke perut, dia pun mula le jadi lapar. Maka menapaklah aku ke area makanan pula dan terus terpandang akan kedai Crazy Potato ni. Yang menangkap minat aku sebenarnya adalah paper cupnya yang besar-besar, setakat kentang tu biasa saja le. Terdapat beberapa saiz bila nak order kentang ni (mengikut menu).

ada yang kecil...


ada yang bersaiz sedang
(maaf, nampak sama je dengan yang atas, kamera koman...)


...dan ada saiz abang long
(...yang kiri sekali)


Bila makan kentang ni, kalau aku mesti ada air minuman, kalau tak ada chan la nak tercekik kentang...hahaha. Dan ini dia paper cup-nya. Besaaaar.....



.....ok, duduk elok-elok semua ya
(bersedia nak masuk kotak)


Tuesday, June 19, 2012

"tukang masak kerjanya enteng....."

Promosinya baru saja berlalu
.....jadi, aku pun "ambil satu".




Monday, June 18, 2012

berkotak-kotak...

Sebulan dua yang lepas, kat pasaraya ni ada menjalankan promosi sup-sup instant. Jadi ada macam-macam jenama sup dipamerkan oleh syarikat masing-masing dan kita sebagai pengunjung boleh mencuba yang mana saja yang kita suka. Bab-bab free ni orang Malaysia memang suka la kan, termasuklah aku ni...hahaha. Tapi  free setakat merasa saja bagi aku kurang stimnya, kalau boleh, biarlah free tahap boleh bawa balik, baru le syok...

Jadi, apakah yang free-nya kali ini. Ooops...lupa pula, aku biasa guna perkataan souvenir, sedap sikit bunyinya kan, hehehe. Oklah, souvenir kali ini adalah sumbangan daripada Vono Instant Soup. Sambil aku dok mencuba sup instant-nya, sempatlah aku minta sekali beberapa biji paper cupnya buat kenang-kenangan.....




Memandangkan supnya juga agak menarik dan sedap rasanya, maka aku pun angkutlah lapan kotak sekali gus (semuanya berlainan perisa), itu pun setelah dipersetujui oleh menteri kewangan yang turut serta meng-sample sup-sup terbabit...hehehe. Dan akibat daripada pembelian lapan kotak tu, diorang bagi lagi kat aku souvenir dua kotak macam yang di bawah ini...


Hahaha...inilah dia souvenir-nya...setiap empat kotak yang dibeli, maka dapatlah satu kotak souvenir...



Dan isinya..... dua biji mug berlainan warna beserta logo Vono...


...dan dapat sekali beg plastik untuk aku mengangkut semuanya balik rumah.