Tuesday, April 23, 2013

.....tersengih dapat

WOW!!!.....Apa tu?


Inilah dia set tiga biji mug daripada KitKat. Nak kata baru keluar tu, idak le. Kalau tak silap aku keluar dalam dua tiga bulan yang lepas. Aku ni je yang baru nak post. 


Cara nak dapatkannya sama macam selalu. Kena lah beli sebungkus KitKat 2-finger, baru boleh dapat sebiji.



Tinggal lagi, aku tak beli apa-apa pun untuk dapatkan set ni...



Sebab...adik aku yang bagi aku semua ni. Yeeehaaa...thank youuuuu.


Monday, April 22, 2013

...sekuntum mawar merah, sebuah puisi

Anda pernah baca majalah Kuntum? Ia merupakan sebuah majalah penuh informasi buat pelajar sekalian.  Yang aku ada hanya tiga ini sahaja, dari tahun lapanpuluhan. Tak pasti pula samada aku punya, atau adik aku punya sebab terjumpa balik pun dalam kotak-kotak aku ni. (...tapi aku rasa adik aku punya, hahaha...nanti aku bagi balik, boleh kasi terkejut sikit)










Ok lah, cerita hari ni bukanlah sekadar majalah Kuntum di atas tu. Sebenarnya Sabtu lepas aku ada pi pertanding mewarna yang diadakan di kompleks Space U8 Shah Alam. Pertandingan tu pula dianjurkan oleh majalah Kuntum dan Dutch Lady. Kalau dah ada Dutch Lady, mestilah ada souvenir-nya ya tak? Jadi, selesai membuat pendaftaran, bukan setakat si kecil yang mendapat goodie bag, aku ni pun dapat satu. Tak tahulah kenapa, tersilap bagi ka, atau just happy to see me...hahaha. Jadi, inilah dia begnya...


...bahagian belakang.



Isinya...ada macam-macam.



Sijil Penyertaan
...boleh tulis nama sendiri.



Majalah Kuntum edisi terkini, April 2013. Amacam, berbeza tak dengan yang tahun lapanpuluhan atas tu...?



Ini pula, ala-ala white board tu. Bila dah lukih atau conteng, boleh kasi padam. Budak-budak suka ni. Dapat kat aku, harus kena bungkus masuk dalam kotak...kah kah kah.




Yang ni tak payah cerita, besar kecik tua muda, semua suka. Senapas je boleh kasi settled.



Flyer mengenai program Dana Inspirasi Masa Depan oleh Dutch Lady. Anda berminat? Sila klik sini untuk maklumat lanjut.



Ok, sementara menunggu pertandingan yang sedang berjalan, aku pun pi la meronda dulu. Ada satu booth ni, Star Publication. Diorang ni la yang bertanggungjawab menerbitkan majalah Kuntum tu, disamping menerbitkan juga majalah-majalah lain seperti yang di bawah ini. Pada hari itu, sesiapa yang berminat untuk melanggan mana-mana majalah terbitan Star Publication akan diberikan diskaun antara 20-30%, termasuklah mana-mana terbitan versi on-linenya. Jadi agak bertimbun jugalah majalah-majalah ni di meja booth diorang sebagai promosi. 



Aku dok perati juga orang yang lalu-lalang depan booth The Star ni. Memang real punya lalu-lalang, lalu saja berhenti tada. Ok la, mungkin ada satu dua yang singgah, tapi bak kata filem nujum pak belalang.....kaddang-kaddang. Kasihan tengok geng yang jaga booth, sembang sesama sendiri. Kasihan lagi aku tengok majalah yang dok menimbun tu, takda ka orang nak beli...?


Tapi....haaa ada tapi juga cerita aku yang tak seberapa ni. Bila dah time tengahari, pertandingan mewarna pun dah nak tamat, Cik Amoi-Cik Amoi Dutch Lady pula dah macam nak bersiap nak balik, tiba-tiba kedengaran jeritan jelas dari booth The Star tadi, "free magazines!!!...free magazines!!!". Masa tu, booth paling happening booth The Star tu le. Kaunter ayaq free Dutch Lady pun tak semeriah tu. Majalah yang tadinya membukit kini dah flat macam padang kriket. Orang Malaysia dan barangan free, mana boleh dipisahkan. Ehem, termasuklah aku ni, hahahahaha......Adios.

Sunday, April 21, 2013

Sergeant Saunders ka Colonel Sanders...?

Masih lagi dengan tema beg plastik, hari ini beg plastik KFC pula. Nampak gayanya macam bukan baru, tapi tahun bila punya, tak pula aku tahu. Hmmm.....




Saturday, April 20, 2013

dua kupang sekepin.....

Sabtu.....oh Sabtu, hari berbelanja lebih. Kenapa lebih? Ya lah, setiap kali beli barang pada hari Sabtu macam hari ini, kalau tak bawa beg biru Sweden tu, atau pun yang seumpama dengannya, kenalah berbelanja dua kupang atau empat kupang lebih untuk dapatkan beg plastik buat angkat barang. Tak gitu? Hahaha...takpalah,  save the environment lah kita hari ini. 

Dan ini ada satu yang aku boleh bawa bila pergi berbelanja. Cuma agak kecik sikit...



Masa Riang, Rasa Hebat Mekdi...


...dari tahun 1996?
Mungkin juga.


Friday, April 19, 2013

Hari ini saja? Tak.....

Lokasinya... Sogo KL, waktu...hampir time makan tengahari. Apakebendenya... inilah dia road-show promosi sempena sambutan ulangtahun Nescafé yang ke tujuhpuluhlima. Waktu aku sampai, belum ramai pengunjung jadi sempat dan selamatlah bagi aku untuk mengambil gambar...


Pada bunting tertera souvenir yang bakal diterima oleh peminat tegar Nescafé  Hanya perlu beli produk Nescafé (...beli krimer Coffeemate pun boleh) dan barisan souvenir ini pasti menjadi milik pengunjung budiman, no hanky-panky ....cuma, bergantung kepada jumlah nilai belian. Contohnya, bagi belian bernilai tiga puluh lima ringgit ke atas, bolehlah dapat salah satu daripada empat design dulang hidangan (besi) tu. Haaaa....mudah saja kan, tak perlu buat sarkis atau pun bagi slogan-slogan mendakap jiwa. Bagi mendapatkan set coaster  dan fridge magnet pula, tak ingat aku berapa kena belanja, mungkin dua puluh atau limabelas ringgit dah boleh dapat satu. Ok la tu kan... set coaster tu pun nampak macam menarik, dalam satu tin ada empat. Hmmm.....




Ok, itu souvenir punya cerita. Yang di bawah ini pula adalah set prop lengkap dengan tempat duduk retro kaki pensil. Sewaktu aku sampai, inilah brackdrop yang sedang digunakan untuk set ini.




Backdrop ini boleh ditukar-tukar seperti yang sedang dilakukan oleh Cik Nescafé75. Ada empat design semuanya dan apabila pengunjung sudah memilih design yang berkenan di hati...



...pengunjung bolehlah duduk di kerusi, seorang atau pun berdua untuk diambil gambarnya. 



Inilah kamera yang digunakan...



...melekat dalam kotak agar tidak mudah dijadikan souvenir...hahahahaha.



Ok, Selesai saja gambar diambil, dalam hanya beberapa minit gambar akan siap di print dan keluar ke tray kenit depan kamera tu. Dan yang paling ajaib sekali, bab ambil-ambil gambar ni, siap dengan print-nya sekali adalah percuma. Yaaaa, bukan salah type, bukan salah dengar...memang free bebs dan bros sekelian. Tak payah beli apa-apa, tak senyum pun takpa...hahaha. Tak sangka masih ada lagi orang yang nak tolong ambil gambar, siap print-kan dan bagi kat kita free. Syabas Nescafé...



Dan inilah dia design backdrop-nya yang lain. Ada yang biru,




ada yang merah jambu...



dan ada yang siap dengan gitarnya...hehehe.


Macamana pun, ucapan terimakasih tak terhingga kepada Cik Nescafé75 kerana melayan kerenah aku dan membenarkan aku bergambar dengan keempat-empat design backdrop.

Dan ini pula adalah set dapur 'ala retro Nescafé.





Yeahhh...inilah dia seleksi souvenir yang menanti para peminat Nescafé sekelian. Hari ini adalah hari terakhir roadshow Nescafé di Sogo KL. Tapi jangan risau dan jangan gusar, masih ada lagi tarikh-tarikh lain dan lokasi-lokasi lain yang mungkin lebih berhampiran dengan kediaman anda. Klik saja disini.