Thursday, September 19, 2013

...Boh hari tu dah habis ka?

Jalan-jalan di Ipoh hari tu,
aku beli sekotak teh ni...


...tapi beli sekotak
yang dok ada dalam bekas macam ni le.


Hahaha...aku tau, souvenir ni dah lama keluar, tapi ada sebabnya aku beli yang ni (di samping memang nak minum tehnya of course). Baca dulu...


Ok, dari tepi,
siap dengan pembalut...


...dan tanpa pembalut.


Inilah rupa bekasnya, sebijik macam yang Coca Cola bagi, cuma yang ni ada warna kuning di tepi dan yang Coca Cola punya ada warna merah.


Jenamanya, Lock&Lock, memang sama. Tiada sebarang logo Lipton pun pada bekas, tinggal lagi bekas ni ada insert dan ada bungkusan luar yang menunjukkan ia souvenir daripada Lipton. Ok sikit la berbanding dengan Coca Cola yang hanya di tampal sticker kenit sebiji...


dan, ahaaa....inilah dia tujuannya kenapa aku beli teh ni.


Dengan menambah beli sepeket kenit teh Lipton (untuk memenuhi syarat belian limaringgit ke atas), maka aku dapat le mug Lipton ni...


Boleh tahan juga,
dengan design ala frosted-nya.


Dalam gambar offer tu,
takda pula tunjuk ada penutup...


....aaaah, tak kisahlah,
hantam saja laaa.


Wednesday, September 18, 2013

...hal sticker dan "kotak"

Beberapa iklan Coca Cola, yang diselit...


...dan yang digantung.


Souvenir-nya pula, sebuah bekas plastik dari jenama Lock&Lock. Berkualiti dan mahal katanya.


Namun, yang membuatkan para collector sedih, lambang atau jenama Coca Cola hanyalah sekadar sticker yang di tampal pada penutup bekas. 


Kalau boleh, hendaklah logo Coca Cola tu embossed ka, atau terukir pada mana-mana bahagian bekas plastik tu. Baru le dikatakan produk Coca Cola yang ori. Tapi ini hanya sekadar ditampal sekeping sticker.


Jadi laaa. Lagi pun apa boleh buat, jenama asal produk adalah Lock&Lock.....ya tak?


Bagi aku, frust tu frust le juga...


...tapi, souvenir tetap souvenir,
rezeki jangan di tolak, barang free jangan tak ambil.


Ni satu lagi barang free...


...dapat dari kedai hijau kuning.


Masa aku jumpa,
dah tersadai tepi dinding...


...tunggu nak kena humban je.


Maka dengan cergasnya aku mencari
brader-brader bertugas.


Bila dah jumpa, aku pun tanya,
boleh tak aku ambil "kotak" ni...?


Saja je sebut kotak, biar nampak macam tak menarik dan macam dah nak kena buang...


...kalau sebut iklan karang dia tak kasi ambil pula. Nanti dia kata supplier nak ambil balik.


Setelah dibelek-beleknya,
brader tu pun cakap...ok, boleh ambil.


Dengan lajunya aku masukkan dalam troli dan terus menuju keluar. Dok lama-lama situ nanti ada pula yang tukar pikiran kata tak boleh...


...adios.

Tuesday, September 17, 2013

...takde kena-mengena dengan cerita Twilight

Pertama kali aku tahu pasal ni, aku jumpa di facebook Jacob's. Mum's Little Secrets, merupakan sebuah buku yang mengumpulkan bermacam-macam petua serta tips dalam menjalani kehidupan harian, dan ia diberikan secara percuma. Ahaaa.....percuma, I Like.


Namun ada syaratnya. Aku kenalah beli produk Jacob's yang (minimum) bernilai limabelas ringgit, download borang bawah ni, isi dan pos sekali bersama resit (bukti pembelian) ke alamat yang ditetapkan dan tunggu...


(eh...ada pula borangnya di pasaraya,
penat aku print je...hahaha)


Tak sampai pun seminggu,
bukunya pun sampai. Cepat juga ya...


Sedikit prakata...


Dan seterusnya, penuh dengan petua dan tips sampai ke mukasurat terakhir. Ni aku bagi sedikit contoh...







Oklah, bagi yang berminat nak dapatkan buku ni, ikut sajalah syarat-syarat seperti aku cakap tadi. Tapi kena cepat, ada duapuluh ribu naskah saja tau...


Tuesday, September 10, 2013

.....besaaar punyer

Ini dia keluaran terbaru daripada Maggi, Maggi Big Kari yang dutanya adalah pelakon sukaramai masa kini iaitu Aaron Aziz. Mee Maggi ni dipanggil Big sebab saiznya yang sememangnya lebih besar dari peket Maggi biasa, dan di dalam bungkusan bawah ni ada lima geng besar tu.



Yang lagi teranya, aku bukannya beli sebungkus Maggi besar tu tapi dua. Yaaaa...duaaaa, kiranya ada sepuluh peket le dalam tu. Hahaha, bila la nak habis.....


Tapi...biasalah, tak kan saja-saja beli dua kan? Mesti ada muslihatnya ya tak? Haaaaa, inilah dia sebabnya...


...dapat mangkuk besaaar Maggi.


Memang besar le, setakat nak bubuh dua peket Maggi saiz standard memang takda hal.


Di bawah mangkuk siap ada logo Nestlé.
Ori beb.....haha.


Ok, nak try dulu Maggi ni.....adios.


Friday, September 6, 2013

biru mata hitam ku...?

Buku resepi Planta Warisanku, Inspirasiku. Aku dapat dari kaunter khidmat pelanggan kedai hijaukuning. Tak perlu beli apa-apa pun, sengaja ditinggalkan atas kaunter untuk diambil. Ajaib sungguh...hahaha.


Tapi, bula aku buka mukasurat pertama
....kosong.


Mukasurat kedua dan ketiga juga kosong.


Begitu juga mukasurat empat dan lima
...tarrapappa.


Akhirnya,
kat mukasurat enam dan tujuh barulah ada resepi...


Tapi mukasurat lapan kosong balik,
mukasurat sembilan pula ada...


Lain macam sikit buku resepi ni. Rumusan aku, ini mungkin buku resepi berdasarkan rancangan masakan di televisyen. Mukasurat kosong mungkin untuk para penonton isi sendiri bila menonton rancangan tu...hmmm.



Apa-apa pun, inilah dia resepi masakan yang ada dalam buku ni.....sayang tak kaler.