Thursday, October 10, 2013

...bahaya hujung minggu

Bila pi jalan-jalan hujung minggu,
jumpa la benda-benda macam ni.....


Bila dah jumpa,
dah jadi kewajipan pula nak tengok dekat-dekat...


Bila dah dekat,
nampak le yang ni...


Maka, ter-belilah beberapa bungkus yang kat bawah ni...hahaha. Depa kata yang ni lagi cun dari yang dulu, sudah "Diperbaharui kata depa. Dulu panggil "Regular", la ni panggil "Original". Dulu "biasa je", la ni "strong" sikit".


Takpa lah. Yang penting souvenir bawak mai sini,
dan souvenir yang pertama ...satu set coaster Nescafé 3in1.








Yang ni pula apa dia?


...siap dengan slogannya.


Inilah dia beg Nescafé 3in1. Pada hari tu ada dua design. Yang ini dan yang satu lagi ada gambaq Nescafé 3in1 Rich (hijau). Saja aku pilih yang ni...ori sikit.




Dan souvenir yang terakhir...


Bekas minuman Nescafé tahan panas/sejuk.


Boleh le guna buat jalan-jalan,
.....kalau tak terus disimpan dalam kotak, hahaha.


Wednesday, October 9, 2013

boleh cubaaa...

Entah mengapa...
aku suka mengumpul paper cups.


Mungkin sebab ia mudah diperolehi
dan free.


Mungkin juga sebab boleh merasa makanan
dan minuman yang juga free.


Mungkin juga kerana jenama yang masyhur
dan grafiknya yang menarik....


Yang pastinya, ia sebagai penanda kemunculan produk baru di pasaran yang boleh kita cuba dan beri pendapat di mana diperlukan.


Dan yang paling penting,
kalau dah minat...kumpul sajaaa.


Tuesday, October 8, 2013

nak sekati ka sekilo...?

Ada peraduan baru dari Milo.....


.....boleh dapat emas sekilo.


Anda mau ka.....?


Boleh saja, 
mula-mula ambil borang...


Jawab soalan sukan SEA kat bawah tu...


...kemudian kira jumlah pingat yang ada.


Sertakan juga bukti pembelian seperti yang disyaratkan dan pos.


Bila menang nanti,
ingat-ingat le kami di sini ya.....

Monday, October 7, 2013

ku lihat.....hijauuuu

Jalan-jalan hujung minggu, pastinya akan membuahkan hasil (dan mengempiskan isi kandung dompet). Mana taknya, hanya pada hujung minggu sahaja kita akan terserempak dengan acara-acara seperti di bawah ni. Bila dah nampak, pasti nak tengok dekat-dekat. Bila dah dekat, terus lah melekat, dan kesudahannya mestilah...angkat.



Haaa.....jadi, benda yang aku angkat hari tu adalah pek Milo kotak ni. Bukan satu pek tapi dua pek. Satu pek ada enam, maka dua pek ada la duabelas Milo kotak ni...


Tapi angkat bukan sebarang angkat, ini angkat, penuh dengan hasrat. Hahaha...kalau dah sampai dua pek belinya mesti ada tujuannya ya tak? Yeahhh, ganjarannya adalah, dengan membeli dua pek tadi tu maka aku dapat le set alatulis Milo ni...


Satu set yang lengkap, ada pensil, pengasah pensil, getah pemadam, klip dan kotak pensil .


Ok apaaaaa.......hehehe.


Friday, October 4, 2013

rock...jangan tak rock

Dari tahun sembilanbelas sembilanpuluhsatu, aku persembahkan.....majalah poster rock, Metal Hammer Poster Express. Di dalamnya, ada limabelas mega poster rockers lama, Black Sabbath, Scorpions, Iron Maiden, Deep Purple, Judas Priest dan macam-macam lagi. Sayangnya, aku belum cukup kuat nak tarik keluar dan frame-kan poster-poster ni dari bukunya. Jadi aku minta maaf banyaklah kalau posting aku ni, gambarnya separuh-separuh lah ya...