Saturday, November 13, 2010

Mesin Mikro 1

Micro Machines The Original Scale Miniatures atau lebih senang dikenali sebagai Micro Machines adalah salah satu "line" permainan yang dikeluarkan oleh syarikat Galoob yang beroperasi pada pertengahan tahun lapan puluhan sehingga hampir keseluruhan tahun sembilan puluhan. Permainan yang dikeluarkan semuanya adalah berskala kecil (sesuai dengan namanya yang "micro").
.
Kalau hendak dibuat perbandingan, jika kita melihat saiz kereta model keluaran Hotwheels, saiz kereta model Micro Machines mungkin hanya satu pertiga daripada saiz kereta Hotwheels. Hahaha, punyalah kenit. Secara logiknya, ini mungkin mendatangkan masalah jika hendak dibuat sorong oleh anak-anak kecil, mungkin tak tahan lama jika dimain ala-ala brutal, apatah lagi ia mungkin senang di-misplaced dan hilang disebabkan saiznya yang kecil tapi bagi seorang kaki collect ini semua "no problem". Biasalah, bagi collector, kecik macamana pun bukannya dibeli untuk dimain tapi untuk disimpan, betul tak...
.
Oklah, set permainan kali ini, juga dari tema Star Wars adalah yang diberi nama Mini Action Transforming Playsets. Setiap set didatangkan dengan tiga kepala karakter dari filem Star Wars yang mana boleh dibuka dan menempatkan satu karakter penuh yang lebih kecil ke dalamnya. Ya Tuan-tuan dan Puan-puan, macamana hendak dimainkan permainan ini terpulanglah kepada imaginasi anda sekalian. Bagi aku yang tukang kolek ni hanya "beli, belek & simpan" dalam kotak...








No comments: