Monday, November 8, 2010

Sandman

Sandman adalah sebuah siri komik terbitan DC dibawah label Vertigo yang ditulis oleh penulis terkenal Neil Gaiman. Isu pertama telah diterbitkan pada tahun 1989 sehinggalah isu terakhirnya iaitu yang ke tujuh puluh lima pada tahun 1996. Set trading cards ini pula telah dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1994 sempena siri komik yang popular ini. Terdapat sembilan puluh keping kad besaiz besar yang memaparkan imej dari pelbagai episod siri komik ini sebagai set utama dan pelbagai chase cards khas buat buruan collectors. Bersama set ini juga dikeluarkan sebuah album untuk menyimpan dan mempamirkan kad-kad yang telah dikumpul. Pada muka album adalah imej komik isu pertama Sandman.


Special Collector's Album


.
Kad besar yang diperolehi bersama
album khas set ini.




Kad set yang cantik...















No comments: