Biasanya, bila ada filem-filem power yang bakal ditayangkan, mesti ada syarikat fast food atau yang seumpama dengannya yang akan bekerjasama dan mendapatkan hak bagi mengeluarkan souvenir/premium yang berkaitan dengan filem tersebut. Premium ini kemudiannya diberikan secara percuma (atau dikenakan special price) kepada pelanggan bagi setiap pembelian yang berlaku. Cara ini memang sudah agak lama diamalkan oleh geng makanan laju ni. Apa taknya, bila saja ada premium yang ditawarkan bersama, tahap jualan produk akan meningkat. Katalah satu set premium tu ada duabelas item. Geng kaki kolek akan pastikan kesemua duabelas item itu lengkap dalam koleksi. Kena pula kolektor dari bangsa yang hardcore, dia mungkin mendapatkan dua set. Satu set yang disimpan tanpa dibuka (mint condition dan masih dalam bungkusan original) dan satu set lagi dibuka/dimain atau dipamirkan. Maka meletup la sales untuk period tu, ya tak..... Hehehe, macam-macam gara dunia koleksi ni. Oklah, ini adalah premium Star Wars dari KFC beberapa tahun dahulu. Maaf gambaq tak clear sebab ada yang masih dalam plastik lagi......hmmm.
No comments:
Post a Comment