Friday, December 17, 2010

Setem Upin & Ipin - Paspot & Poster

Inilah dia Paspot Filateli keluaran khas Minggu Setem 2010. Diperolehi secara percuma dengan setiap pembelian produk POS Malaysia bernilai limapuluh ringgit ke atas. Ayat macamana power aku letak pun tak dapat nak adjust untuk dapat lebih. Cik Pos yang jaga ni semuanya kebal-kebal belaka, dah pasang pendinding tiga kaki. "Abang kalau nak lagi, kenalah beli sampai limapuluh ringgit lagi" tu la dia ayat penangkis Cik Pos, aduuuhhhh.....



Upin & Ipin and da Gang

Tangan orang tak biasa,
cop pun tak lekat betul...


Kasi promo sikit. Join la SODA (Standing Order Deposit Account), cara mudah untuk mendapatkan sampul surat hari pertama tanpa perlu beratur dan mengecop. Contohnya begini, anda boleh membuka akaun SODA dengan memasukkan sejumlah wang, contohnya seratus ringgit. Jadi, bila setiap kali ada keluaran setem baru, pihak POS akan menyimpankan satu sampul surat hari pertama (atau dua tiga menurut arahan pemegang akaun) dan akan dipos secara surat berdaftar ke rumah pemegang akaun. Bukan sahaja sampul surat pertama, jika pemegang akaun inginkan lembaran mini, folder, stamp sheet atau sebagainya, hanya perlu beritahu pegawai bertugas dan semuanya akan disimpan. Ahaaa, senang bukan, takkan termiss sebarang isu lagi....



perihal Minggu Setem 2010

info mengenai setem


Poster setem Upin & Ipin, dapat sebijik saja.
"Encik, satu saja ya...." kata Cik POS, hahaha...

No comments: