Friday, December 17, 2010

Setem Upin & Ipin - Folder Khas

Aku rasa macam tak cukup set la pulak kalau tak beli sekali folder Upin & Ipin. Ya lah, ini first time aku pi Minggu Setem ni, belum pernah lagi sebelum ni. Jadi, aku belilah satu buat kenang-kenangan. Maka, inilah dia folder khas keluaran setem Upin & Ipin, sangat menarik dan penuh warna-warni.


Bila dibuka, ia terbahagi kepada beberapa bahagian. Disebelah kiri yang ada gambar Upin dan Ipin berpakaian ala melayu purba tu adalah tempat untuk menyimpan sampul surat hari pertama. Di bahagian tengah adalah papan untuk permainan dam dan yang bulat-bulat dengan wajah karakter dari siri Upin & Ipin tu adalah buah dam (perlu ditebuk terlebih dahulu). Dibahagian tengah juga ada lapisan plastik agar kita dapat menyimpan stamp sheet dan lembaran mini. Dan paling kanan sekali adalah sedikit maklumat mengenai permainan dam.








No comments: