Thursday, December 16, 2010

Setem Upin & Ipin - Berjaya times Square

Pada hari Isnin 13/12/10 yang lepas, atas alasan urusan ke KL yang settle lebih awal dari jangkaan, aku pun singgahlah di Berjaya Times Square. Bukan untuk shopping tetapi untuk menghadiri Minggu Setem 2010 anjuran POS Malaysia disamping mendapatkan setem serta sampul surat hari pertama Permainan Tradisional Masa Lapang Bersama Upin & Ipin dan Kawan-kawan.



Di booth inilah dimana kita boleh mendapatkan setem-setem dan sampul surat hari pertama. Selain dari setem biasa, ada dijual lembaran mini, maximum kad dan juga folder khas untuk setem-setem keluaran ini.



Kepada yang lebih "adventurous", bolehlah memesan setem-setem istimewa yang memaparkan gambar anda sendiri. Brader dan Cik POS akan mengambil gambara anda dan gambar tersebut akan digunakan atau dijadikan setem dan anda boleh gunakan setem itu untuk menghantar surat dan sebagainya. Kalau tak silap, dalam masa 10-15 minit dah siap. Menarik tu...


Selain itu, bagi yang betul-betul hardcore, bolehlah datang ke sini setiap hari kerana sempena minggu setem ini, disediakan tujuh cop yang berbeza untuk setiap hari bermula dari 13hb sehinggalah 19hb Disember, disamping cop khas minggu setem. Jadi ada lapan cop kesemuanya untuk dikumpul oleh para pengumpul tegar,


Bagi pengunjung yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM50, sebuah Paspot Filateli dan beberapa souvenir istimewa akan diberikan. Kalau belian melebihi RM100 pula, disamping yang disebut tadi, pengunjung juga akan mendapat tabung khas POS Malaysia. Tapi semua ni kira "Siapa-Cepat-Dia-Dapat" la..... Hehehe, tapi takpa, ada juga dijalankan peraduan teka jumlah setem (dalam kotak) dan peraduan cabutan bertuah. Yang ni aku tak berapa pasti apa hadiahnya.
.
Selain daripada booth POS Malaysia, terdapat juga booth-booth lain seperti yang dibawah ini, booth barangan Upin & Ipin. Bagi yang berminat atau ingin menambahkan koleksi Upin & Ipin mereka, boleh mendapatkannya disini.


Ada juga booth Real Rewards. Lepas beli setem boleh collect points kat sini...


Barisan display setem-setem baru Permainan Tradisional Masa lapang Bersama Upin & Ipin Dan Kawan-kawan.


Tak cukup dengan setem baru, setem-setem dan sampul surat hari pertama yang lepas-lepas pun ada dijual oleh dealer-dealer yang ada buka table. Tepuk dada, tanya selera...


Ada berani...?


Ini adalah tempat yang disediakan untuk sesi menampal dan mematikan (cop) setem. Berbagai collector otai yang ada. Segan nak join dengan diorang ni, semuanya power-power dan hebat. Kalau tengok diorang lekat setem, confrim straight dan balanced. Bila cop pula, confirm cantik, clear dan kemas. Buat sekejap sahaja dah siap. Dan satu bagus pasal otai-otai ni, diorang ni tak kedekut ilmu. Tanya apa saja, takda hal. Ada saja tips yang diorang bagi, siap ajar aku macam mana nak tampal setem baru ini dan apa nak buat dengan maximum kad.




Tengah aku dok layan setem, tiba-tiba muncullah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang. Rupa-rupanya dialah yang merasmikan pelancaran setem Upin & Ipin ni.




Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat dan Datuk Joseph Salang sedang mengamati Maximum Kad Upin & Ipin.



Seorang collector otai sedang memberi penjelasan tentang evolusi hobi mengumpul setem. Sangat menarik...


Berminat betul dengan Maximum Kad nih...





3 comments:

nikths said...

Bro spallan, sign2 tu tak nak rembat sekali ke? limited tu,mana ada lagi lepas ni.Mana tau lepas 19hb ni kena ayat power bro boleh dpt sign2 tu.

Asrul "iLham" Sany said...

\nice blog, keep in touch ya...

Spallan said...

aduuuh, bro nikths sudah mau racun...hehehe

tq bro Asrul, will do...