Kalau tanya aku, aku kata ada tujuh setem kesemuanya bagi set Upin & Ipin ni. Ada enam rekabentuk setem enampuluh sen dan satu rekabentuk yang bernilai lima ringgit. Tapi kalau nak ikut dia punya butiran teknikal, denominasi enampuluh sen (se-tenant) terdapat tiga rekabentuk dan setem lembaran mini ada satu rekabentuk. Anda boleh lihat sendiri dibawah mengapa dikatakan terdapat tiga rekabentuk setem berdenominasi enampuluh sen.
.
Oh ya, sekiranya ada yang tertanya-tanya apakah dia yang di katakan se-tenant, menurut kamus, istilah tersebut digunakan bagi satu blok setem kenang-kenangan yang dicetak pada satu helaian yang sama tetapi mempunyai perbezaan pada rekabentuk, warna, nilai atau pun yang mempunyai kesan/cetakan "overprint".
.
Jadi, jika dilihat dibawah ini, dalam sehelai setem-setem atau biasanya dipanggil "stamp sheet" ini, kedua-dua setem yang teratas sebenarnya adalah satu rekabentuk yang panjang tetapi oleh kerana ia dibahagi dua ini menjadikannya dua setem yang berbeza rekabentuk. Atas sebab itulah ia dinamakan se-tenant. Aku harap penjelasan aku ini tidak mengelirukan anda semua.....
Ok lah, macamana pun, sekarang anda dapat melihat dengan jelas rekabentuk setem yang aku maksudkan tadi. Setem-setem ini menunjukkan karakter-karakter dari siri Upin & Ipin sedang bermain Batu Seremban (setem kiri) dan bermain Congkak (setem kanan). Setiap setem adalah berukuran 34mm x 28mm.
Ini adalah setem keratan yang paling bawah. Sengaja aku minta nak beli bahagian ini dari Cik Pos. Cik Pos kata, "takpaaa, boleh....". Aku pun terus minta untuk semua design...
dari siri ini...
dan Telefon Tin
Permainan Galah Panjang
dan Konda-Kondi
Ahaaa, inilah dia yang membezakan setem-setem keluaran kali ini dengan setem-setem yang sebelumnya. Disamping dicetak oleh Joh Enschede Security Print, The Netherlands (biasanya oleh syarikat tempatan, Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.), setem-setem kali ini tidak mempunyai gam pada bahagian belakang yang perlu disapukan air untuk dilekatkan. Malah setem-setem ini berfungsi seperti pelekat atau "sticker". Perhatikan betul-betul dibahagian tengah setem (gambar dibawah) dan anda akan nampak satu garisan beralun. Jadi, bila nak guna setem, kita kopeklah dibahagian tersebut dan boleh terus tampal saja, tak perlu dilembabkan dahulu.
(maaf, bukan nak membanggakan printer luar, sekadar menunjukkan kelainan yang terdapat pada siri ini)
.
.
Ini pula adalah lembaran mini dengan setem lima ringgitnya. Saiz lembaran ini adalah 100mm x 80mm dan saiz setem didalamnya adalah 75mm x 50mm. Oh ya, terlupa nak habaq, kesemua setem-setem Upin & Ipin ini menggunakan teknik percetakan offset dengan spot UV dan glitter ink. Bila dilihat dari beberapa sudut ada efek merlip-merlip.
.
Dalam set setem ini, ini adalah setem yang agak sukar dan memerlukan penelitian yang lebih apabila hendak ditampal pada sampul surat hari pertama. Ini kerana, bahagian setem yang di dalam tu sangat mudah tercerai dengan helaian lembaran besar. Jadi, kenalah "extra careful" (bak kata salah seorang otai yang memberi tips hari tu...).
Dan inilah dia sampul surat hari pertama yang telah dicop dengan cop hari pertama bertarikh 13 Dis 2010.
1 comment:
Salam, wah ada setem Upin dan Ipin...cayalah!
Post a Comment