Waktu tu tahun 1990, aku dengan penuh semangatnnya telah pergi ke sekolah memandu kereta The World kat PJ New Town. Yeahhh, inilah dia sekolah memandu yang bertanggungjawab mengajar aku sehingga menjadi pemandu yang berhemah. Ini business card dia, tak tahulah masih wujud lagi ke tidak sekolah nih…
*
* Setelah selesai mengisi borang dan membayar yurannya resit pun dikeluarkan. Yang bestnya, boleh bayar ansuran, jadi takde le berat sangat. Tapi, cuba tengok harga kat resit tu, aku rasa tak semahal sekarang kot, hahaha…
* Instructor yang mangajar aku adalah seorang yang berbangsa India, tapi cukup fasih berbahasa Cina. Dan kereta yang aku guna untuk belajar memandu adalah kereta Datsun 120Y berwarna biru, manual dan bukannya auto (gear stick bergoyang-goyang tuh…). Walau pun kereta tu ada air-cond (aku rasa la) tapi tukang ajar aku tu tak kasi on kan. Dia kata tak payah pakai air-cond, buka tingkap kasi angin masuk, baru tahu kita bawa (kereta) laju ke tak. Hmmm, macam tu la pula…
Oh ya, sebelum memulakan misi belajar memandu, kena la ada Lesen Belajar Memandu macam yang kat atas ni. Bab ni sekolah memandu tolong settlekan. Jadi setiap kali meronda dengan Datsun 120Y tu kena la bawa…(Hehehe, sorry, beberapa details kat lesen tu terpaksa di"hilangkan").
*
Akhirnya, setelah sebulan dua training bawa kereta, dan setelah lulus ujian bertulis, maka tibalah hari ujian memandu di jalanraya. Saspen juga la masa kat JPJ hari tu. Biasa la, ujian apa yang tak saspen, betul tak? Ramai betul manusia hari tu, ada yang cool, ada yang saspen (macam aku ni) dan macam-macam lagi. Dah la masa tu bulan posa, bertambah-tambah la dugaannya. Tapi macamana pun aku tak boleh lupa satu amoi ni. Aku dok perhati dia, orangnya kecil molek dan dok pegang satu beg plastik putih. Aku dapat agak yang dia ni pun nak test bawa kereta juga tapi apakebende yang dia bawa dalam beg plastik putih dia tu. Hmmm, heran sungguh…
*
Tapi, kemusykilan aku terjawab juga sebab tak lama lepas tu namanya dipanggil untuk ujian bukit. Aku pun continue la tengok amoi ni. Bila dia nak masuk saja kereta tu dia pun keluarkan benda yang ada dalam beg plastik putih tadi. Laaaa, rupanya dia bawa bantal (cushion) untuk dia duduk supaya tinggi sikit. Oh, itu rupanya…. Macam mana pun aku kesian juga kat amoi tu, pasai apa, masa kat bukit tu aku rasa dia terlepas brake kot, kereta yang dia bawa tu meluncur ke belakang dan melanggar kereta yang tengah beratur untuk naik selepas dia. Aduusss, dah la gagal ujian bukit, eksiden la pula. Tak tahulah macam mana nak kira tu…
*
Bila turn aku pula, nasib baik semuanya ok. Keputusannya ditulis kat belakang lesen belajar memandu seperti kat bawah ni.
Dan inilah lesen memandu aku yang pertama. Yang ori beb, ditulis dengan tangan guna ballpen hitam, hehehe.
…dan ini pula bila nak renew
*
Ini pula adalah lesen memandu antarabangsa. Senang je buat ni. Cuma perlu isi borang, bayar enampuluh ringgit dan JPJ akan buatkan. Bukannya kena test seround lagi seperti yang aku sangkakan dulu...
*
Cuba perhatikan tarikh luput pada lesen yang di atas ni. Tertulis kat situ 04-01-1996 yang bermaksud 4 hb Jan 1996 kan?. Ok, ceritanya begini, masa di luar negara dulu aku ada pergi kedai sewa kereta ni. Nak sewa kereta la kan. Bila dah siap isi borang, staff kat kaunter tu minta la nak tengok lesen dan aku pun bagi. Setelah dia tengok lesen tu dia kata lesen aku dah expired, tak boleh pakai. Biar betul aku kata dan aku check balik lesen aku tu. Aduuhh, betul la dah expired, macam mana lah boleh tak perasan ni. Member-member yang ikut sekali dengan aku takda pula lesen yang boleh dipakai.
*
Tiba-tiba datang la satu idea aku nak chong mamat tu. Sambil membelek lesen aku tu, dengan nada agak cool aku pun beritahu dia, lesen ni bukan expired, tarikh yang tertulis 04-01-1996, bermaksud 1 April 1996, masih hidup lagi. Aku pun beritahu dia kat Malaysia cara menulis tarikh ni sama macam kat U.S., bulan dulu baru harinya. Jadi kiranya belum expired lagi la lesen ni. Lepas tu, mungkin dia pun termakan dengan cerita aku kot (atau mungkin dia kesian, hehe) , aku pun dapat la sewa kereta dengan dia. Selamat.....
*
Senarai negara-negara dimana lesen ni boleh digunapakai.
Jenis kenderaan yang boleh dipandu dengan menggunakan lesen ni.Akhir kata:
*
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT
2 comments:
Giler rare.....tabikkk
tq bro nafiri, ni la kenangan silam yang dah masuk kotak...
Post a Comment