Sunday, January 23, 2011

The Dark Knight Returns

The Dark Knight Returns adalah sebuah cerita Batman yang merangkumi empat buah komik edisi terhad yang ditulis dan dilukis oleh Frank Miller. Siri ini diterbitkan pada tahun 1986 dan kemudiannya dikumpulkan menjadi sebuah trade paperback. Ia mengisahkan bagaimana Batman yang pada masa itu sudah hampir sepuluh tahun hilang daripada mata kaca masyarakat. Pada waktu itu juga kesemua superhero seperti sudah bersara dan tidak lagi menjalankan aktiviti vigilante, akibat daripada masyarakat yang tidak lagi mempercayai mahu pun menaruh harapan terhadap kaum superhero. Walau bagaimana pun, dengan kemunculan Two-Face telah menyebabkan Batman kembali beraksi dan berjaya menangkap Two-Face, walau pun tindakannya itu ditentang hebat oleh masyarakat yang anti-vigilantisme.

Batman pula pada waktu tu sudah ketiadaan Robin (dikatakan sudah mati). Jadi, apabila seorang budak perempuan membantu Batman yang dibelasah teruk oleh geng Mutant, Batman telah bersetuju menjadikan budak perempuan tersebut sebagai Robin yang baru, walau pun keputusannya itu menerima bantahan daripada Alfred.


Seterusnya, The Joker yang selama ini berada di Arkham Asylum telah pun tersedar dan pulih daripada keadaan catatonic yang dihadapinya. Dia berjaya mempengaruhi doktornya dengan menyatakan yang dia telah sembuh sepenuhnya serta sedar dan menyesal akan segala salah lakunya selama ini. Jadi, pada satu rancangan televisyen yang melibatkan The Joker dan doktornya (bagi menjatuhkan nama baik Batman), The Joker telah membunuh semua yang hadir di studio tersebut dan melarikan diri. Batman dan Robin berjaya mencari Joker dan pergelutan bermula. Joker yang sudah hampir tewas akhirnya membunuh diri dengan tujuan agar Batman dipersalahkan dan dihukum kerana membunuh. Dalam keadaan begitu Batman terpaksa menyelamatkan diri daripada dipersalahkan dan kini dia pula yang menjadi buruan pihak berkuasa.....

.

Sebenarnya ada lagi sambungan kepada cerita ini tapi takpa lah, aku berhenti setakat ni saja, nanti marah pula Frank Miller orang tak beli buku dia. Macam mana pun, dibawah ini adalah set action figures yang terhasil daripada cerita The Dark Knight Returns ini...layannn.


Batman yang sudah "berusia"...




Robin yang "baru"...




...Superman versi "berusia" juga




The Joker...




barisan pelakon-pelakon
The Dark Knight Returns








"pergelutan" dua sahabat diakhir penceritaan
...siapa yang menang?





No comments: