Tahun lapanpuluhan dulu aku sering juga ke Singapura. Waktu tu tinggal di Johor Bahru jadi senang saja kalau nak ke kota singa, naik bas pun boleh... Nak tambah lagi senang, setiap kali nak masuk Singapura aku guna paspot terhad seperti di bawah ni (biasanya dipanggil paspot biru, kalau yang paspot international pula dipanggil paspot merah).
Aku kata senang bukan apa, tiap kali nak seberang, bila sampai saja kat kaunter imigresen Malaysia, aku hanya perlu flash saja paspot ni kat pegawai imigresen yang bertugas dan boleh terus saja jalan. Flash tu bukanlah ada alat pengimbas yang canggih atau yang seumpama dengannya, tapi sekadar nak tunjuk aku ada paspot biru ni dan pegawai tu pula angguk saja, tak payah berhenti cop pun. Ini berbeza kalau guna paspot merah, pegawai imigresen akan check dan cop, baru boleh masuk Singapura.
Dan ini pula adalah kad putih yang juga menambahkan lagi elemen "senang" setiap kali aku nak masuk Singapura dulu. Pada kebiasaanya, setiap pelawat dari negara asing yang ingin masuk ke Singapura diwajibkan mengisi borang putih dengan segala macam soalan personal details. Dengan adanya kad putih ini aku dah boleh skip bab isi-isi borang ni. Semua maklumat dah ada dalam magnetic stripe, jadi bila sampai kat kaunter imigresen Singapura, pegawainya akan swipe kad putih ni, check dan cop paspot biru aku dan aku pun bebas nak meronda seluruh Singapura....
...namun paspot biru kini hanya tinggal kenangan. Aku rasa sekarang dah tak boleh pakai lagi paspot macam ni, malah sudah tak wujud lagi paspot biru seumpama ini. Kad putih itu pula aku tak pasti, mungkin mengalami nasib yang sama atau mungkin sudah ada versi yang terkini yang lebih relevan dan canggih sejajar dengan perubahan zaman.
Jadi, sekarang ni bila nak ke Singapura kenalah pakai paspot merah dan isi borang putih. Takda lagi cara laju macam kat atas tu. Dan sekarang kenalah beli kad Autopass untuk kenderaan, dan kalau dah bawa masuk kereta lebih daripada sepuluh hari, kenalah pula caj duapuluh dollar. Takpalah, itulah dia harga untuk kemajuan yang dinikmati...
4 comments:
SAYAPUN DAH LAMA TAK MASUK SINGAPURA..
(PS : DALAM BAHASA MELAYU YANG BETUL, PERKATAAN "COP" YANG AWAK MAKSUDKAN DI ATAS ADALAH "CAP". ;)
Dulu 80an currency tak tinggi, barang kat Singa pun murah dan ada yg tak dapayt kat Bolehland.
Masa dulu pi Singapore memang best.
wah Singapore! tak pernah sampai lagi :)
ahaaa... menurut perkhabaranannya terdapat pelbagai barangan Coke di sana...
Post a Comment