Bermula dengan game Street Fighter pada tahun 1987, Street Fighter II telah dikeluarkan pada tahun 1991 dengan lebih banyak karakter dan special moves yang lebih menarik dan penuh aksi. Aku masa tu taklah berapa tera main game ni tapi bila pi tengok budak-budak lain main (yang tera le), memang mengasyikkan, macam-macam style diorang ni boleh buat, dari tangan keluar api la, tendangan ala helikopter la, terbang sana, terbang sini dan macam-macam lagi. Dan depa ni pula dengan hanya berbekalkan dua kupang, boleh main lama betul. Aku rasa sampai naik kematu pun tak habih-habih lagi main. Kalau aku pula, dalam beberapa minit saja dah clear. Bukannya lawan aku yang clear tapi aku punya yang dah jalan, sekejap saja.....kahkahkah. Ok, kat bawah ni adalah set trading cards Street Fighter II yang ada aku kumpul. Mempamirkan karakter-karakter Street Fighter II dalam pelbagai aksi, semuanya berjaya aku kumpul dan complete, termasuklah set chase cards jigsaw dan set kad foilnya.
Ini pula adalah set kad holographic Street Fighter II. Aku tak pasti akan berapakah jumlah kadnya bila complete. Yang aku ada pun cuma ini saja...
4 comments:
MEMANG TERBAIK LE..
syabas Bro :)
favourite game msa budak2 dlu..tp x pernah lak kumpul kad camni...abbuuunggkit...hehe ;)
tq....fairus & iaryylr
Mr Hardy..... saya pun layan juga game ni dulu-dulu, tapi tak pernah master pergerakan joystick untuk dapatkan special moves tu hahaha... dapat simpan kad pun jadi la :)
Post a Comment