Wednesday, May 23, 2012

seratus resepi, seratus tahun disisi...

Pastinya ada di kalangan pembaca yang pernah melihat borang seperti di bawah ini. Ia merupakan borang untuk menebus Buku Resepi Edisi Terhad 100 Tahun Nestle yang dianjurkan oleh Maggi.



Bila aku tengok je gambar buku resepi kat borang ni, nampak macam biasa je. Macam desk-top calendar biasa, nipis dan tak bermaya... Aaaaah, malaslah nak kumpul.


Tetapi......bila aku berkunjung ke kedai hijaukuning hujung minggu baru ni terkejut aku tengok benda yang sebenarnya. Datang siap dengan slip-casenya yang tersendiri dan bersaiz hampir sama besar dengan kertas A4...



Dengan cergas aku pun belilah pek Maggi yang diperlukan untuk menepus senaskah buku respi ala kalendar ni. Brader Maggi yang bertugas memberitahu aku yang dia hanya ada sepuluh naskah untuk ditebus dan aku adalah orang kelima yang dah claim... 

Dan inilah dia Tuan-tuan dan Puan-puan, Buku Resepi Edisi Terhad 100 Tahun Nestle.


Bawah ni angle yang aku ambil, baru le nampak tebal sikit. Tak macam gambarnya yang dalam borang tu, nipiiiiis...siapa mau claim.


...logo mahal masa kini.


...siapa punyaaa?


Dikatakan, versi Bahasa Malaysia pun ada, tapi hari tu Brader Maggi bawa versi inggeris saja...


...isi kandungnya


mai kasi rapat sikit...







Haaaa...macam ni lah rupanya buku resepi ni. Ada pelbagai resepi masakan rakyat Malaysia...







Di bahagian Chef's Dishes pula, inilah diantara Chef-chef yang memberikan resepi mereka...

Chef Muluk yang sentiasa ada di mana saja Maggi ada membuat promo...


Chef Joe yang "Legend"...


...dan Cik MasterChef Malaysia


...kalau ada soalan, bolehlah contact Maggi kat bawah ni.


Oklah, sekiranya ada yang berminat dengan buku resepi ni, ini dia sedikit info bagaimana cara dan syarat-syaratnya...



1 comment:

DINEE said...

boleh try masak ..buat kenduri sket