Sunday, June 3, 2012

bangun awal hari tu...

Setelah lama tak ke pasar tani Shah Alam, maka pada bulan Mei yang lepas, seawal jam tujuh pagi aku dah sampai ke lokasi terbabit. Tujuan utama adalah untuk bersarapan dengan macam-macam yang ada di situ disamping membeli fresh produce yang ditawarkan. Setelah dua aktiviti utama tu berjaya dan terlaksana, dan segala yang dibeli dah pun masuk ke beg ikea biru dan tersandang di bahu, maka tibalah masa untuk menjalankan aktiviti yang satu lagi tu. Aktiviti apa...? Hahaha....aktiviti yang menghiburkan hati la, cari barang-barang koleksi. Dan hasilnya hari tu? Ni dia.... dua biji mug Milo. Layanzzz.....






7 comments:

Iaryylr said...

syabs bro, tapi yang miloais ini saya confuse saya punya ada gelang hijau atau tiada... nak kena check balik nie....

nikths said...

syabas bro,gelas milo ais saya belum ada lagi.Gelas go further banyak la.

fairus said...

ADA MILO "AIS" JUGA ERK? SAYA MEMPUNYA GELAS YANG SAYA, TAPI TIADA PERKATAAN AIS.. HUH, LAIN RUPANYA..

DINEE said...

barangan milo memang terbaik..

Spallan said...

iaryylr...ahaaa, macam-macam variasi milo nih

nikths...tq bro, saya pun baru dapat sebiji nih

fairus...mula-mula milo, lepas tu milo ais, sekarang milo sejuk...esok-esok, tak tahulah apa pula yang nak keluar hehehe

DINEE...betul tu

nikths said...

dari pemerhatian ada 2 jenis gelas milo ais ni.Ada straight cut dan carot cut(istilah sendiri).Yang carot cut(potongan kecil bawah mcm spallan punyer)adalah milo go further,ada line hijau.Yang straight cut(mcm gelas milo sejuk) adalah milo biasa tiada tulisan go further dan tiada line hijau kat bibir.Kedua2nya saya tak tahu keluaran tahun berapa?sedikit info kalau salah tolong betulkan.

Spallan said...

tq for the info bro nikths, memang macam-macam variasi gelas/mug Milo ni, belum lagi masuk yang lama-lama. apa-apa hal, teruskan mengumpul bro...