Thursday, July 5, 2012

seratus peratus.....licin

Pastinya ramai yang dah ada set fridge magnet 100 Plus Sejiwa Kecapi Kejayaan. Aku ni kira baru tahu juga pasal set ni dari blog Bro Iaryylr. Nasib baik sempat kumpul satu set. Nak dapatkan set kedua, rata-rata stesyen minyak oren kata dah habis. Wah, laku betul. Apa boleh buat, kita layan ni dulu.....







Haaa....yang ni pula sticker 100Plus yang diperbuat daripada  fabrik 100% polyster microfiber yang boleh digunakan untuk mengelap skrin telefon bimbit.




...sticker yang di test lekat pada belakang remote control tv


...dan inilah dia sticker-nya,
sebiji macam tin 100Plus.


Wednesday, July 4, 2012

ani.....angkat jemuran

Jarang juga aku jumpa souvenir payung macam ni. Biasanya kalau beli insuran dapat le sekaki tapi kali ni beli kopi je dah boleh dapat. Mengenangkan kopi ni pula ada super power, tongkat ali ada, ginseng ada, misai kucing pun ada, jadi boleh le aku cuba....kot, hahaha.






Tuesday, July 3, 2012

berbaloi-baloi...

Iklan kadbod terbaru aiskrim LaCremeria. Beli dua tub boleh dapat beg sejuk beku satu...



Dah dapat iklannya, takkan tak beli aiskrimnya, ya tak? Kena la support sikit... Dan bila dah beli aiskrimnya, dapat le satu beg sejuk beku tu. Aku pilih yang hitam le, rock sikit... hehehe.


Tetapi.....ahaaa, memandangkan hari aku beli aiskrim tu ada pula promo lain yang dijalankan seiring dengan promo beg percuma tu, aku di beri peluang untuk bermain satu permainan mudah dan inilah dia hadiahnya...satu set barangan LaCremeria yang dikatakan bernilai seratus ringgit (...katanya).



Dalam kotak ada
satu mangkuk buat makan aiskrim,


senduk aiskrim,


dua sudu untuk makan aiskrim,


beg (...lagi),
untuk bawa aiskrim jalan-jalan,


apron (seperti yang di pakai
oleh Cik Amoi LaCremeria),


dan baju LaCremeria.


Dari jauh, nampak macam cun baju ni, material ala-ala baju bola, memang segak le kalau dipakai, siap dengan embroidery logo Nestle LaCremeria lagi. Tapi tunggu....mai aku letak sepeket maggi dekat baju ni. Haaaaa, tu dia.....punyalah kenit baju ni, walau pun kat kolar tulih saiz L. Kalau Cik Amoi yang langsing tu pakai ok le, nampak le menariknya. Kalau aku yang nak cuba, harus orang kata baru keluar sarkis.....hahaha.


Monday, July 2, 2012

blues pagi Isnin...

Jumpa yang ni.....hanya di pasaraya peranchis, kat tempat lain takda nampak, tak tahu kenapa. Bila jumpa pula, ada yang kemek, ada yang dah bercalar dan macam-macam hal. Itulah dia kalau melibatkan tin, kalau lambat nak pi beli, dapat yang belen saja la. Yang cun licin dan berkilat dah kena sapu dek orang...hehehe. Aku ni kira kes lambat tahu le, itu pasal baru dapat.

Hari tu aku dok bising-bising juga...nestle sambut seratus tahun, macam-macam souvenir keluar, si oreo ni (pun) sambut seratus tahun juga tapi takda apa pun. Mungkin ini kot souvenirnya, tapi... takda pula logo seratus tahunnya pada tin lori ni. Hmmm.....











Sunday, July 1, 2012

kembar siam...

Sebuah set daun terup daripada Thai Airways. Tak pasti akan tahun dikeluarkan tapi tengok gayanya macam dah agak lama. Namun yang pastinya set ini agak istimewa kerana didatangkan dalam kotak plastik dan mempunyai dua deck, senang kalau nak dibuat main gin rummy. Masih lagi berbungkus plastik dan..... made in Hong Kong.