Saturday, April 24, 2010

...Sepupu Encik Kent

Filem Supergirl telah diterbitkan pada tahun 1984. Ia diterajui oleh Helen Slater yang berlakon sebagai Supergirl serta barisan pelakon yang tak kurang hebatnya seperti Peter O'Toole, Faye Dunaway dan Mia Farrow. Sempena filem ini, syarikat trading cards Topps telah mengeluarkan set kad-filem ini yang mengandungi 44 kad dan juga stickernya sekali.

*

Kad #1






Setelah dicantum kad-kad diatas,
inilah hasilnya...



Set stickernya...






Saturday, April 17, 2010

...Selamat Tinggal En Kent

Pada tahun 1992 syarikat komik DC telah berkeputusan untuk mematikan watak Superman. Kenapa? Tak pasti, mungkin untuk meningkatkan jualan komik dengan memberikan satu cerita epik atau ada suatu muslihat yang lain. Macamana pun untuk beberapa bulan “build-up” untuk cerita kematian ikon komik ini pun bermulalah dengan bagaimana munculnya karakter Doomsday (asal-usulnya) sehinggalah kepada pertarungan hebat diantara Doomsday dengan Superman yang akhirnya berkesudahan dengan kematian hero alam komik sejagat ini.

*

Aku ingat lagi waktu itu, masuk tv, masuk paper, macam betul-betul pula kes pemergian Superman ni, macam karakter ni benar-benar wujud liputannya. Ada juga suara-suara yang tidak puas hati kerana karakter kesayangan mereka dimatikan (yang meratap pun ada…) dan tak kurang juga ada yang mengatakan ini adalah suatu gimik dari DC Comics dalam rencananya untuk membuat kejutan yang amat hebat pada dunia komik. Apa-apa pun taktik DC Comics berjaya. Komik dimana karakter Superman dimatikan, iaitu komik Superman#75 terjual lagi laris dari pisang goreng yang baru diangkat dari kuali. Orang yang tak pernah beli komik dan juga yang tak berminat dengan komik pun bergegas nak dapatkan senaskah (atau dua tiga) Superman#75 ni.

*

DC pun pandai juga, sebagai ganjaran kepada pembeli (disamping dapat jual komik pada harga premium) komik Superman#75 datang siap dibungkus dalam beg plastik berwarna hitam berlogokan “S” yang berdarah. Didalamnya terkandung senaskah komik Superman#75, arm band hitam (berlogo “S”), poster “Funeral for A Friend” dan sekeping trading kad protoype. Tapi ini adalah versi collector, special sikit dan macam aku cakap tadi harga pun premium sikit. Kepada yang kurang hardcore, DC sediakan juga versi biasa iaitu komik sahaja tanpa souvenir tribute yang disebutkan tadi. Tapi, kalau dah namanya collector, dua-dua versi dia balun. Oh ya cerita pasal betapa lakunya komik ni, kedai-kedai komik waktu itu terpaksa menghadkan pembelian komik (beg hitam) ini kepada maksima dua atau tiga naskah sahaja kepada setiap pembeli. Kalau nak beli lebih, samada sebab saja syok simpan atau sebagai “investment”, kenalah cergaskan diri ke beberapa kedai komik yang lain. (macam kes kekurangan gula la pula ya…)

*

Oklah, ini adalah set trading cards Doomsday: Death of Superman yang telah dikeluarkan oleh SkyBox (dahulunya dikenali sebagai Impel) pada tahun 1992. Set ini adalah lengkap dan mengandungi 90 kad beserta "chase card"nya. Sewaktu keluarannya dahulu, set trading cards ni tak dapat dimasukkan ke Malaysia. Kenapa? Aku pun tak tahu, sampai hari ini menjadi misteri...

*

Set 90 kad yang memaparkan imej dari komik.













Ini pula adalah subset 9 kad Funeral For A Friend. Imej adalah dari cover komik selepas kematian Superman.



....imej puzzle di bahagian belakang




Kad #90 (checklist)




Kad #1




Kad Promo #00




Kad yang menunjukkan scene terakhir setelah Superman pergi buat selama-lamanya...




Chase card, "Bleeding S" Puzzle Foil #F1 & #F2



...di belakangnya logo S berdarah




Set 4 kad (chase cards)
A Memorial Tribute Spectra-Etched Foil Cards
#S1, #S2, #S3 dan #S4





Ini pula adalah album yang dikeluarkan khas bagi menyimpan kad-kad Superman ni.



Yaaaaaa, Tuan-tuan dan Puan-puan, ini lah dia komik Superman#75 (masih dalam packaging original) yang telah mengejutkan dunia suatu masa dahulu...

Saturday, April 10, 2010

Encik Kent

Superman adalah satu karakter fiksyen yang telah dicipta oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster pada tahun 1932. Walau bagaimana pun, ia hanya muncul buat pertama kalinya enam tahun kemudian iaitu dalam komik Action Comics #1 pada bulan Jun 1938. Selepas dari itu, dia pun terus famous dan wujudlah pelbagai siri Superman seperti rancangan televisyen, drama radio, filem wayang, comic strips suratkhabar, video games dan macam-macam lagi.

Kalau nak di-ikutkan (kedua-dua mendiang) Jerry Siegel & Joe Shuster, dan ahli keluarga masing-masing dah jadi kaya-raya tahap dewata sebab telah mencipta karakter yang sangat masyhur dan sangat masyuk, tapi sayang ceritanya taklah seindah itu. Dalam perjanjian sewaktu Action Comics hendak dikeluarkan, J.Siegel & J.Shuster telah menjual hakcipta Superman dengan harga US$130 dan sebuah kontrak yang menjanjikan hak untuk terus berkarya dengan syarikat penerbit. Dikatakan juga keduanya menerima US$75000 setahun sebagai ganjaran walhal keuntungan yang diperolehi oleh syarikat adalah berjuta-juta dolar. (jadi, sampai sekarang la "legal-battle" ni berlangsung diantara keluarga "pencipta" dengan geng penerbit bagi memperoleh pulangan yang sewajarnya ke atas harta intelek…)

Ok, itulah dia sedikit cerita mengenai Man of Steel dan "maker"nya. Kat bawah ni pula adalah set trading cards dari cerita wayang Superman II yang telah dikeluarkan oleh syarikat Topps pada tahun 1980. Terdapat 88 keping kad dalam set ni dan 22 stickers. Sayang, teman ada kad saja, stickernya tiada…
















Set ini pula adalah dari filem Superman III yang mempunyai 99 keping kad. Juga dikeluarkan oleh syarikat Topps tapi pada tahun 1983.