Saturday, April 17, 2010

...Selamat Tinggal En Kent

Pada tahun 1992 syarikat komik DC telah berkeputusan untuk mematikan watak Superman. Kenapa? Tak pasti, mungkin untuk meningkatkan jualan komik dengan memberikan satu cerita epik atau ada suatu muslihat yang lain. Macamana pun untuk beberapa bulan “build-up” untuk cerita kematian ikon komik ini pun bermulalah dengan bagaimana munculnya karakter Doomsday (asal-usulnya) sehinggalah kepada pertarungan hebat diantara Doomsday dengan Superman yang akhirnya berkesudahan dengan kematian hero alam komik sejagat ini.

*

Aku ingat lagi waktu itu, masuk tv, masuk paper, macam betul-betul pula kes pemergian Superman ni, macam karakter ni benar-benar wujud liputannya. Ada juga suara-suara yang tidak puas hati kerana karakter kesayangan mereka dimatikan (yang meratap pun ada…) dan tak kurang juga ada yang mengatakan ini adalah suatu gimik dari DC Comics dalam rencananya untuk membuat kejutan yang amat hebat pada dunia komik. Apa-apa pun taktik DC Comics berjaya. Komik dimana karakter Superman dimatikan, iaitu komik Superman#75 terjual lagi laris dari pisang goreng yang baru diangkat dari kuali. Orang yang tak pernah beli komik dan juga yang tak berminat dengan komik pun bergegas nak dapatkan senaskah (atau dua tiga) Superman#75 ni.

*

DC pun pandai juga, sebagai ganjaran kepada pembeli (disamping dapat jual komik pada harga premium) komik Superman#75 datang siap dibungkus dalam beg plastik berwarna hitam berlogokan “S” yang berdarah. Didalamnya terkandung senaskah komik Superman#75, arm band hitam (berlogo “S”), poster “Funeral for A Friend” dan sekeping trading kad protoype. Tapi ini adalah versi collector, special sikit dan macam aku cakap tadi harga pun premium sikit. Kepada yang kurang hardcore, DC sediakan juga versi biasa iaitu komik sahaja tanpa souvenir tribute yang disebutkan tadi. Tapi, kalau dah namanya collector, dua-dua versi dia balun. Oh ya cerita pasal betapa lakunya komik ni, kedai-kedai komik waktu itu terpaksa menghadkan pembelian komik (beg hitam) ini kepada maksima dua atau tiga naskah sahaja kepada setiap pembeli. Kalau nak beli lebih, samada sebab saja syok simpan atau sebagai “investment”, kenalah cergaskan diri ke beberapa kedai komik yang lain. (macam kes kekurangan gula la pula ya…)

*

Oklah, ini adalah set trading cards Doomsday: Death of Superman yang telah dikeluarkan oleh SkyBox (dahulunya dikenali sebagai Impel) pada tahun 1992. Set ini adalah lengkap dan mengandungi 90 kad beserta "chase card"nya. Sewaktu keluarannya dahulu, set trading cards ni tak dapat dimasukkan ke Malaysia. Kenapa? Aku pun tak tahu, sampai hari ini menjadi misteri...

*

Set 90 kad yang memaparkan imej dari komik.













Ini pula adalah subset 9 kad Funeral For A Friend. Imej adalah dari cover komik selepas kematian Superman.



....imej puzzle di bahagian belakang




Kad #90 (checklist)




Kad #1




Kad Promo #00




Kad yang menunjukkan scene terakhir setelah Superman pergi buat selama-lamanya...




Chase card, "Bleeding S" Puzzle Foil #F1 & #F2



...di belakangnya logo S berdarah




Set 4 kad (chase cards)
A Memorial Tribute Spectra-Etched Foil Cards
#S1, #S2, #S3 dan #S4





Ini pula adalah album yang dikeluarkan khas bagi menyimpan kad-kad Superman ni.



Yaaaaaa, Tuan-tuan dan Puan-puan, ini lah dia komik Superman#75 (masih dalam packaging original) yang telah mengejutkan dunia suatu masa dahulu...

2 comments:

birudamai said...

Salam Tuan
Aku yg tak penah ikut & amik tau pasal Superman ni pun rasa sedih plak aku mmbacanya :-(
Tp DC mmg pandai buat bisnes...
Itu yg org kita kena belajar tu...strategi bisnessssss....

Spallan said...

hehe, jangan bersedih bro, Superman dah pun "hidup" balik... Ya, memang betul DC pandai buat duit...