Dynamic Forces adalah sebuah syarikat kat US yang menerbitkan pelbagai barangan berkaitan dunia komik yang limited edition, barangan memorabilia yang berautograf, lithographs dan bermacam-macam lagi, pendek kata, barangan yang menjadi kegemaran “collector”. Ini adalah salah satu produk dari kompeni ni, Superman Promo Card dari siri Bloodlines yang dikeluarkan oleh SkyBox pada tahun 1993. Kad promo macam ni biasanya akan dikeluarkan beberapa bulan sebelum kad set yang sebenar dikeluarkan, sebagai pemberitahu kepada dunia akan kelahiran satu set yang baru tak lama lagi (beli, jangan tak beli…).
*
Biasanya kad promo ni diberikan secara percuma, tapi biasa la, benda yang dapat free ni kadang-kadang orang simpan, kadang-kadang buat tak endah je dan tak kurang juga yang terus ambil first-class ticket ke tong. Jadi, bila benda free ni dah banyak yang pupus, dan yang tinggal hanya beberapa keping, mula la kita nampak perkataan-perkataan seperti “scarce”, “hard-to-find”, “very limited”, “once-in-a-lifetime” dan yang paling masyhur “rare”. Atas dasar itu, Dynamic Forces (mungkin) telah memilih kad promo Superman ni dan telah meminta jasa baik pelukisnya iaitu Denis Rodier meletakkan tandatangannya pada kad tersebut. Sebagai bukti kesahihan item collectable ni disertakan juga sekeping sijil pengesahan (Certficate of Authenticity) dan diberikan nombor siri edisi terhad seperti kat bawah ni iaitu 658 daripada 1993 yang dikeluarkan.
*
Oh, lupa nak habaq…. Kad ini memaparkan imej empat orang Superman baru yang muncul setelah kematian Superman yang sebenar. Keempat-empat ni mucul al-kisahnya untuk menggantikan atau mengisi kekosongan akibat pemergian sang Superman. Hmmm……
*
*
Yang di bawah ini juga adalah barangan promo (SkyBox 1993). Lima discs yang mana empat daripadanya memaparkan wajah “superman” yang baru. Cara bermain? Ni yang tertulis pada kad…
*
“To play the game, which originated in Hawaii with the collectible milk cover craze, punch out the Superman SkyCaps, join your friends, and place all the players’ SkyCaps art-side-up in a stack. The first player, using the DC SkyCaps Slammer, strikes the top of the stack, trying to flip over as many SkyCaps as possible. Any SkyCaps knocked off the stack and landing blank-side-up are picked up and kept by the player. SkyCaps landing art-side-up are restacked for the next player to take a turn with the Slammer. Continue taking turns until there are no SkyCaps left to stack - - then start over!”
*
….boleh dimainkan dengan Pogs Coca-cola (posting terdahulu)
*
No comments:
Post a Comment