Thursday, April 8, 2010

"Sprite" Boy

Ini pula adalah set trading cards Coca- Cola yang ketiga. Set ini dikeluarkan oleh The Coca-Cola Company pada tahun 1994 dan mengandungi 100 keping kad kesemuanya. Imej yang dipaparkan pada muka kad adalah dari poster, kalendar dan iklan-iklan Coca-Cola dulu-dulu, cantik dan menarik.
*
Kad dibawah ini (atas dan kanan sekali - budak berambut putih), memaparkan imej "Sprite" Boy yang telah direka untuk The Coca-Cola Company oleh Haddon H. Sundblom pada tahun 1943.
*
*
Kad yang ditengah (gadis berbaju merah), memaparkan imej yang terdapat pada serving tray (Mexico) dari tahun 1940an. Dianggarkan nilainya, dalam keadaan baik mencecah US$500.

*
Kad pertama yang dibawah ni (dua gadis duduk atas bola Coco-Cola) adalah cardboard sign yang telah dikeluarkan pada tahun 1936 sempena ulangtahun Coca-Cola yang ke 50.

*
Kad yang terakhir dibawah ni adalah cardboard cutout yang digunakan bagi tujuan pengiklanan pada tahun 1924. Pelbagai design digunakan dan dipamirkan di keda-kedai bagi mempromosikan produk Coca-Cola.

*
Kad dibahagian tengah (kiri sekali - Coca-Cola hijau), memaparkan "sampling coupon" yang digunakan bagi mempromosikan Coca-Cola. Dengan menggunakan kupon ini, pelanggan boleh mendapatkan segelas minuman yang menyegarkan ini dari mana-mana soda fountain yang menjual Coca-Cola. Free wooo...


Kad yang ditengah (pada baris ketiga, bawah ni) memaparkan sejenis alat yang telah digunakan oleh John S. Pemberton (pencipta Coca-Cola) sewaktu dalam proses mencipta sirap karamel sukaramai nih.


Kad pada baris tengah (kanan sekali), gambar hitam-putih yang menunjukkan sebuah kenderaan Coca-Cola yang dipandu oleh seorang salesman yang pergi ke rumah-rumah untuk mempromosikan Coca-Cola dan memberikan sample kepada yang ingin mencuba.


Kad pada baris pertama (kanan sekali - gadis berpakaian kuning) adalah dari sebuah kalendar (Mexico) yang digunakan oleh The Coca-Cola Company bagi tujuan pengiklanan pada tahun 1928.



Kad pertama pada baris kedua dibawah ni memaparkan imej iklan yang digunakan untuk mempromosi Coca-Cola Chewing Gum pada tahun 1915.



Kad pertama pada baris kedua (kiri sekali) adalah imej cardboard cutout yang telah dugunakan bagi tujuan promosi pada tahun 1930. Ia menunjukkan bahawa minuman popular ini telah mencecah jualan sembilan juta unit sehari.


Kad yang terakhir dibawah ini memaparkan original artwork yang telah dihasilkan pada tahun 1937 untuk The Coca-Cola Company.



No comments: