Sunday, November 14, 2010

Star Wars Tazo

Walkers adalah sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi (potato crisps) di UK. Kalau kat Malaysia ni, kerepek jenama Lays tu diaorang ni lah yang bikin. Pada tahun 1996, ia telah mendapat hak untuk mengeluarkan album kat dibawah ni, Tazo Collector's Force Pack, The Star Wars Trilogy Special Edition. Udah le nama panjang, nak kumpul bagi lengkap pun boleh tahan lama juga. Ok, Tazo ni pula adalah kepingan leper berbentuk bulat (round discs), yang mempunyai asal-usul seperti Pogs. Cara permainannya ialah dengan menghimpun beberapa keping (kasi stack tinggi-tinggi), dan dengan menggunakan satu special Pogs, dilemparkan ke himpunan itu tadi. Mana-mana Pogs yang jatuh akan menjadi milik situkang baling. Maka Tazo pun lebih kurang gitu jugalah cuma pada Tazo ni ada keratan-keratan tepi yang boleh menyambungkan kepingan Tazo untuk dijadikan model-model seperti rumah, kapal dan sebagainya.
.
Kembali kepada kisah set album ni, bagi mendapatkan sekeping Tazo kenalah beli sebungkus kerepek ubi orang putih ni. Bayangkanlah berapa banyak bungkus yang dah tumbang sebab hendak melengkapkan set ni, hahaha... buat jadi sandwich, makan dengan aiskrim, bubuh dalam soto, bawa masuk panggung, bagi kawan-kawan dan macam-macam style lagi. Namun disebabkan "the force" tu kuat membantu, akhirnya lengkaplah set ni, terimalah...




.





















No comments: