Thursday, November 4, 2010

Matrix

Matrix adalah sebuah filem aksi fiksyen sains yang telah ditayangkan pada tahun 1999. Hasil lakonan Keanu Reeves, Lawrence Fishburne, Carrie-Ann Moss, Hugo Weaving dll, ia mengisahkan bagaimana manusia telah dikuasai oleh komputer dan badan manusia digunakan untuk menjana tenaga bagi kegunaan komputer. Neo (Keanu Reeves), telah menjumpai hal ini dalam bentuk matrix yang sering muncul pada skrin komputernya, kemudiannya telah berjumpa dengan Morpheus (Lawrence Fishburne) serta Trinity (Carrie-Ann Moss) dan cuba menyelesaikan hal ini.
.
Oklah, senang cerita filem ni memang best, jalan cerita yang baik (sampai ada tiga movies dan juga filem animasi) dan aksi berlawan yang amat memuaskan (classic scene mengelak peluru...). Oleh kerana itu, aku pun simpanlah sedikit mainan dari filem sebagai koleksi...



Morpheus, yang juga mengajar Neo
macamana nak jadi hero...



.
Trinity, dari scene jatuh bangunan...
tapi masih lagi menembak geng jahat



Agent Smith, musuh ketat dan sparring partner Neo. Kalau takda dia ni (dan gengnya), kureng sikit la aksi dalam filem Matrix.



(maaf, tambah efek sikit...)


Abang hero kita, Neo...
boleh belajar martial arts pakai teknik download




Niobe...



...tak boleh berjumpa, mesti nak gaduh

No comments: