Thursday, November 4, 2010

Time Tunnel Cameron Highlands pt1

Pada Isnin yang lepas aku sempat berkunjung ke Galeri Time Tunnel di Cameron Highlands. Walaupun sampai dah agak lewat petang, lebih kurang pukul lima, tapi brader kat kaunter tiket tu kata takpa, sempat lagi. Bagi pengunjung biasa mungkin sempat la, tapi bagi kaki kumpul macam aku ni tak tau la sempat ke tak. Dah tentu sebiji-sebiji aku nak tengok, baru la puas betul tak? Tapi takpalah mengenangkan lepas ni tak tahu bila pula aku nak ke sini lagi, jadi dah pukul lima pun pukul lima lah, apa boleh buat. Balun saja.

.

Ok, untuk masuk harga tiket hanya RM5 untuk dewasa dan bila ditanya samada ada caj untuk kamera, dengan senang hati brader kaunter kata takda. Dan aku tambah lagi satu soalan, boleh ambil gambar ka? Dia jawab boleh dan aku pun terus memulakan perjalanan aku ke dalam galeri Time Tunnel yang menjanjikan pengalaman yang boleh membawa aku kembali ke era 90an, 80an, 70an, 60an hinggalah ke era 50an….

.

Setelah beberapa meter memasuki ruang galeri. Memang betul la apa yang dijanjikan. Macam-macam artifak ada dipamirkan. Dari sejarah awal pembukaan Cameron Highlands (termasuk misteri-misteri yang ada), hinggalah kepada kemerdekaan Malaya, dan yang paling istimewa, barangan collectable memorabilia yang menjadi idaman para collector. Memang berbaloi….

.

Oleh kerana aku agak kesuntukan masa, maka banyak jugalah gambar yang diambil agar aku dapat tengok dan menikmati semula pengalaman ni bila dah aman-aman kat rumah. Nasib baik memory card cukup dan bateri pun ada bawa spare. Jadi raya sakan la aku ambil gambar kat dalam galeri tu…..

.

Maka untuk posting kali ini dan beberapa posting yang seterusnya, aku nak kongsilah gambar-gambar dari Galeri Time Tunnel Cameron Highlands tu. Tapi ada sedikit nasihat, walau pun rakan-rakan semua dah tengok gambar-gambar kat blog ini, ingin aku sarankan agar pergi dan melawat sendiri galeri (bila ada masa dan kelapangan) kerana bila berada disana dan melihat sendiri artifak yang dipamirkan, feel dia lain, rasa syohnya pun berbeza. Bila membelek satu persatu (ya tuan-tuan dan puan-puan, boleh di pegang, cuma tak boleh di bawa balik) item memorabilia yang dipersembahkan dihadapan kita, perghhh memang best. Ok, kita layan…

.

bahagian luar galeri...



ayuh kita mulakan pengembaraan
kembali ke zaman silam...






macam-macam memorabilia yang digantung,
kalaulah boleh dipetik bawa balik...







4 comments:

Iaryylr said...

Syabas kerana telah kembali ke zaman silam! nasib dapat kembali kemasa kini! he he he!

Spallan said...

hehehe, sudah kembali, macam cerita Quantum Leap

Unknown said...

kamera apa yang kau guna ni bro, guna flash tak ?

Spallan said...

kamera compact Nikon Coolpix L12 (7mp), dan guna flash sekali. kenapa bro?