Monday, February 28, 2011

empat sekawan

Berdasarkan kepada filem Batman Forever (2005), Warner Bros Studios telah mengeluarkan siri patung yang merangkumi empat karakter utama filem tersebut iaitu Batman, Robin, Riddler dan Two Face. Dengan ketinggian lebihkurang duabelas inci, memang cun kalau di display, tapi tak boleh lama-lama sebab lepas tu semua pakat ramai-ramai masuk kotak...

Batman
(lakonan Val Kilmer)






Robin
(lakonan Chris O'Donnell)





The Riddler
(lakonan Jim Carrey)






Two Face
(lakonan Tommy Lee Jones)





da Geng...


Sunday, February 27, 2011

misteri kotak hitam

Pada tahun 2005 Focus Point, rangkaian kedai cermin mata terkemuka ini telah menjalankan promosi barangan Batman sempena filem Batman Begins. Seperti biasa, bila mai tang Batman ni aku ada goyang sikit. Maka pada suatu hari yang free aku pun singgah le kejap untuk check-it-out...
.
Dalam tengah dok meneliti tu, terpandang pula aku akan kotak hitam ni dicelah daun pintu ofisnya yang terbuka. Dengan kebal dan penuh selamba aku pun buat-buat tanya dengan Cik Amoi yang bertugas. "Apa tu....?". Dia pun jawab "itu tin mau simpan key charm, tak jual punya...". Oleh kerana ada perkataan "tak jual" tu yang buat aku lagi hendak dapatkan kotak tu. Maka bermulalah sessi ayat pengasih aku, bukan nak adjust Cik Amoi tapi nak dapatkan kotak Batman...
.
Susah juga nak adjust. Dia kata tak bolehlah, ada satu sajalah, nanti takda tempat nak simpanlah dan macam-macam lagi. Tapi ayat punya ayat akhirnya dia kata tak boleh bagi free, kalu mau beli baru boleh, itu pun dia kena tanya manager dia dulu. Aku pun bersetuju. Setelah beberapa minit dia pun kembali, dia tersenyum aku pun tersengih....



Beg kertas buat simpan kotak kat atas tu. Ini yang dikatakan kill two birds with one stone, hehehe kotak dapat beg pun dia bagi sekali...



kotak buat isi...

Saturday, February 26, 2011

tujuh tahap kesabaran...

Ni dia game komputer Batman Returns keluaran Konami pada tahun sembilanbelas sembilanpuluh empat. Sebelum mula bermain, kenalah install kesemua disket yang ada. Ini memerlukan kesabaran tahap ke tujuh kerana perlu menunggu setiap satu disket siap "dibaca" dan digantikan satu persatu. Setelah itu, perlu menunggu pula kesemua data diproses oleh komputer peribadi agar game dapat di "launch".
.
Ok, agar game ini dapat berjalan dengan lancar, syarat-syarat yang perlu ada pada komputer peribadi adalah, mempunyai Drive A, DOS 3.3 atau lebih tinggi, ruang hard drive melebihi 20mb, grafik VGA 256-colour dan sound card Sound Blaster-compatible. Ahaaa, amacam, boleh cari komputer yang macam ni sekarang? Dan, kalau bernasib baik, lepas install bolehlah terus bermain. Kalau nasib ada kureng sikit, ada masalah dengan high memory ka, kena adjust config.sys atau autoexec ka, IRQ settting ka, sound tak keluar ka dan macam-macam lagi, kenalah cari info kat majalah-majalah komputer atau tulis surat kat Konami. Hehehe, bukannya senang nak main game komputer dulu-dulu...




Friday, February 25, 2011

berasal dari Cybertron

Transformers Armada atau lebih dikenali di Jepun sebagai Super Robot Lifeform Transformers: Micron Legend merupakan siri animasi, komik dan permainan Transformers dari tahun duaribudua sehingga duaributiga. Dan ini adalah pin/lencana dari siri tersebut...



mmmmmuahhh....

Tengah dok meronda satu hari tu, tiba-tiba aku terpandang akan product display ni kat dalam kedai Guardian. Yang terang lagi jelas adalah tulisan jenama sukaramai Coca Cola, maka aku pun terus masuk untuk check-it-out.....


Yeahhh, ini dia tuan-tuan dan puan-puan, item yang menggoda sukma. Eh, tapi...apakebendanya?


Ia sebenarnya adalah produk berjenama Lip Smacker. Ia merupakan lip gloss yang digunakan pada bibir agar sentiasa kelihatan cantik lagi menawan, glossy dan berkilat dan sentiasa dalam keadaan moist bagi mengelak kekeringan dan merekah. Istimewanya lip gloss ini, ia mempuyai perisa-perisa ajaib yang pastinya dikenali oleh para collector sekelian. Cubalah...



Thursday, February 24, 2011

yeah baby, yeah...

Dua poster percuma dari majalah Empire
tahun sembilanpuluhan...


set burger si kecil...

Kotak yang digunakan oleh Burger King untuk meal kanak-kanak sempena penayangan filem Star Wars Episode III pada tahun 2005....kotak yang dah masuk kotak.


...more than meets the eye

Inilah dia Leader of the Pack, si Optimus Prime ketua kepada geng Autobots. Aku beli ni dulu sewaktu promosi Petronas, dapat le murah sikit...



beruang buat lawak

Yogi Bear adalah satu karakter kartun oleh Hanna-Barbera Productions yang pertama kali muncul pada tahun 1958 dalam siri Huckleberry Hound Show. Pada asalnya hanya sebagai karakter sampingan tetapi setelah menjadi lebih popular daripada Huckleberry Hound, Yogi Bear akhirnya mendapat sirinya sendiri pada tahun 1961. Yogi Bear sering muncul dengan rakan baiknya Boo Boo yang juga seekor beruang sepertinya, dan kerja mereka berdua adalah suka mencuri makanan dari orang ramai yang datang ber-picnic (sering disebut pic-a-nic) di Jellystone Park. Namun operasi dua beruang ini akan selalu diganggu-gugat oleh Park Ranger yang bertugas di situ bernama Ranger Smith.
.
Nak jadi cerita, sewaktu hendak menonton wayang kat TGV minggu lalu, aku ternampak la offer pek kombo Yogi Bear ni. Teringat pula akan siri kartun yang aku sering layan sewaktu kecil dahulu...hehehe. Jadi aku balunlah satu set ayaq dan hotdog nih, dan bawa balik gelas dan kotaknya sebagai souvenir...









...landing time

Posting cergas sebelum nak masuk tidoq. Ni dia saputangan Superman, besaq and bright. Betoi ka ni dia punya...