Friday, May 31, 2013

kwiyomi vs up up and away...

Dua tiga hari yang lepas aku telah ke kedai ayam goreng...sehingga menjilat jari. Wah...ada produk baru rupanya, burger ayam Korean. Pada kertas lapik tray pula siap ajar cara nak buat aksi cumil Kwiyomi lagi. Hebat...


Hahaha...tapi itu semua bukanlah tujuan sebenar aku ke situ. Kalau diikutkan, nak makan ayam goreng pun bukanlah tujuan utama kenapa aku singgah ke kedai pakcik Sanders pada hari itu. Haaa...sebenarnya aku ke situ untuk dapatkan ini...



Sebaik mendapat info dari blog Gostan Sikit, keesokan tengaharinya aku pun teruslah ke kedai ayam goreng kesukaan ramai ini. Syaratnya, kenalah beli set khasnya, baru boleh dapat payung Superman ni. Sebab ada dua design, kenalah beli dua set chickadees...hahaha.

Design pertama...
logo Superman






Design kedua...
Superman tengah posing terbang







Butang untuk membuka payung.
Wow...rupa dah macam batu cincin Lex Luthor pun ada,hahaha...



Iklan berdiri,
promosi movie combo-nya.


Thursday, May 30, 2013

...M.Nasir pi mana?

Ini dia duta terbaru KitKat, Zizan Raja Lawak. Aku mula perasan masa tengok siri Raja Lawak yang sedang ditayangkan di Astro. Apasal banyak benor KitKat kat show tu? Ada mug KitKat la, ada display KitKat la, tema KitKat la. Ooooo...KitKat ni sponsor juga rupa-rupanya. Ok le tu, kita tunggu je la kot-kot ada souvenir baru dari KitKat dan duta barunya. Dulu masa M. Nasir ada fridge magnet frame kali ni apa pula? Apa-apa hal kita layan dulu iklannya...





Wednesday, May 29, 2013

...bukan beg Samantha Schubert atau Maya Karin

Dalam kehangatan sambutan ulangtahun Nescafé yang ke tujuhpuluhlima, tiba-tiba muncul pula beg ni, beg Nescafé Ipoh White Coffee. Ok, ceritanya begini... Sewaktu berajalan-jalan di kedai hijaukuning, aku ternampak akan booth Nescafé Menu. Ingatkan takda apa-apa special, sekadar promo ayaq kopi saja. Jadi aku pun singgah le nak sample secawan. 

Bila aku sampai kat booth tu, ada pula tersusun lebihkurang duapuluh tin kosong di mana di dalamnya tercatit souvenir-souvenir yang boleh dimenangi. Aikkk... apa pulak ni. Jadi, aku pun terus le minta di tunjuk souvenir yang ditawarkan dan bertanya macamana aku boleh dapatkannya. Lepas tu, bak kata orang putih sebelah rumah..."the rest is history mate".






Tuesday, May 28, 2013

...dvorak atau qwerty?

Astro ni dah lama juga bersiaran. Daripada kena bayar seribu lebih untuk memasang satu set, kemudian jadi tiga empat ratus, sehinggalah kadang-kadang tu boleh dapat free kalau kena gayanya. Dan dari dulu sampai sekarang, dah beberapa kali unit decoder dan remote control-nya berubah, daripada decoder yang bersaiz besar dan lebar ala-ala video player sehinggalah yang kenit silver. Daripada hanya boleh tengok saja, sekarang dah boleh rakam, siap rewind-forward lagi. Itu belum cerita dish-nya yang kelabu kini dah ada yang hitam, membawa kita ke beyond la katakan. Macamana pun, dalam banyak-banyak gadget yang dipersembahkan oleh Astro, yang satu ni aku simpan sampai la ni. Remote control nya...



Tak ingat pula aku tahun bilakah penggunaan model ni, mungkin tahun sembilanpuluhan rasanya.


Kalau dilihat dari segi butang-butangnya, tak banyak beza dengan remote control sekarang. Ada butang atas, bawah, kiri, kanan, butang on/off, butang volume dan butang empat warna tu.


Tapi, yang membuatnya special dan berbeza daripada model-model lain.....


Ni dia....boleh dibuka dan siap ada butang keyboard QWERTY lagi didalamnya. Mungkin fungsinya adalah untuk berinternet, aku tak pasti. Tapi yang pastinya, inilah dia remote control Astro yang paling canggih dan juga bulky lagi berat....hahaha.


Teringat pula aku kat phone Nokia
yang boleh buka-buka macam ni.....


Monday, May 27, 2013

...keluarga hebat

Inilah dia rupa kad Touch'nGo aku yang dah bertahun-tahun aku pakai, seasoned baikkk punya. Ucapan ribuan terima kasih buat adik aku yang memberikan kad ini kepada aku dulu dan masih aku simpan sampailah ke hari ini.



Di bawah ini pula adalah set original kad Touch'nGo yang aku dan juga adik aku beli sewaktu promosi/kolaborasi filem animasi The Incredibles bersama Touch'nGo yang dijalankan di Sogo pada tahun 2004.


Oleh kerana adik aku tu amat memahami style aku yang suka menyimpan barang, collect itu dan collect ini, dan tujuan dia membeli set itu pun adalah untuk dibuka dan digunakan, maka dia hadiahkanla sekeping kat aku. Cheers Bro...


Macam-macam kegunaan kad ni...


Diperkenalkan,
kad-kad Touch'nGo The Incredibles...

Kad Violet Parr



Kad Dashiell Robert "Dash" Parr/The Dash



Kad Bob Parr/Mr. Incredible
Kad yang ini ada  special effect sikit, lain daripada yang lain. Walau pun kad-kad yang lain boleh dibeli secara loose atau berasingan, kalau nakkan kad ini, kenalah beli set ni baru boleh dapat. Bijak Touch'nGo...bijak. 



Kad Helen Parr/Elasticgirl



Kad Buddy Pine/Syndrome



Ini pula adalah flyer
sewaktu promosi tersebut.


Ada kad Touch'nGo...


...ada sticker kereta, bekas air,
mug, buku nota, kalendar,


...dan juga beg.
Tepuk dada tanya selera...mau tak mau.


Selesai membeli, beg plastik diberikan buat bawa balik barang-barang. Saiznya pun agak "incredible" juga.....hahaha.


Sunday, May 26, 2013

...ingatkan roket

Yang di beli, yang tegak diberi...
Yang percuma, yang terbaring berlima...


Sepatutnya, empat saja yang free,
tapi apa salahnya kalau Cik Amoi nak bagi extra...hahaha.


Kulit luar nampak biasa saja,
dengan tulisan Bahasa Malaysia...


...tapi pada peket sabun,
dalam Bahasa Indonesia pula.


Tak kisah la...


...janji free.
(siap dengan kain hitam tuuu...)


Saturday, May 25, 2013

...gebu, gebu

Pastinya ada yang pernah baca majalah Bujal ni. Edisi yang aku ada ni adalah dari Januari 1985, itu pun dah bilangan 115. Agaknya, tahun berapakah isu pertamanya ya tak?


Aku memang minat betul baca Bujal ni dulu, tapi sayangnya satu ni saja yang tinggal dalam koleksi aku. Itu pun aku rasa yang ni adik aku punya ...hahaha. Sebab pada tahun 1985 aku dah pun di sekolah menengah dan dah mula membaca yang lebih berat sikit.


Antara kenangan yang aku ingat semasa membaca Bujal dulu...


...dengan Bujal lah kali pertama aku mengisi borang dan menghantarnya ke majalah.


Borang apa ya? Hahaha....borang AGEBU la, Aku Geng Bujal. Terasa macam best la pula kalau muka aku boleh masuk dalam majalah macam geng yang kat bawah tu. Boleh tayang kat kawan-kawan di sekolah. 


Masa tu lah merasa dapat tulis alamat atas sampul surat, lekatkan setem limabelas sen dan pos. Seronok. First time  la katakan. Tapi tak pula aku perasan bila gambar aku tersiar dalam Bujal ni. Mungkin terlalu ramai yang apply kot.....