Wednesday, May 5, 2010

Pinggan Encik Kent...?

Wilton Armetale telah ditubuhkan pada tahun 1892 di Amerika Syarikat. Produknya termasuk barangan kegunaan rumah seperti pinggan manguk, tray, gelas, peralatan untuk memanggang (grill), dan sebagainya. Bezanya produk kompeni ni dengan yang lain ialah kesemua produknya diperbuat daripada besi, hahaha, tahan lama dan boleh di pakai sampai tua….

*

Oklah, dalam banyak-banyak produk yang telah dikeluarkannya aku cuma beli dua saja, produk ala-ala pinggan yang ada logo Superman seperti kat bawah ni dan satu lagi pula logo Batman (yang akan dipostkan di lain hari). Aku dapat pinggan ni (terpaksa booking tunggu dua minggu, tukang besi sibuk gamaknya) kat kedai Warner Bros awal 90an dulu. Pada kad keterangan produk, pinggan besi ini diperbuat daripada sepuluh jenis besi (10 different types of metal, katanya). Patut la berat semacam je….







No comments: