Saturday, May 8, 2010

Pukul Berapa Encik Kent...?

Tong drum Superman ka? Bukan…. Ini adalah tin yang menyimpan jam tangan Superman Blue yang dikeluarkan oleh DC Comics. Jam analog ini menggunakan bateri kenit biasa tu dan bila dalam bilik yang gelap, boleh tekan butang dan akan menyala (kebiruan) seluruh permukaan jam.
*

Ok, jika diperhatikan, logo tu agak berbeza dari logo Superman yang biasa kita ketahui. Haaaa, itulah dia logo karakter Superman Blue yang mana cerita komiknya telah diterbitkan pada tahun 1998. Dalam cerita tu sang Superman telah diperangkap dan di-splitkan menjadi dua, Superman Red dan Superman Blue. Superman Red ni lebih kepada “action-first-talk-later” sedangkan Superman Blue ni pula jenis yang pikir dulu (mat rasional) baru ambil tindakan, namun kedua-duanya tetap berminat kat Lois Lane. Maka berlakulah pelbagai pertelingkahan antara kedua-dua Superman ni… Haaiiii, macam-macam lah DC nih….





5 comments:

blurguyz79 said...

superman blue?aku tak tau dan x penah dengar pula.ni aku termiss baca

Spallan said...

ya bro, superman blue ada, superman red pun ada, tapi story-nya pun tak banyak....

blurguyz79 said...

bro,siri tv smallville layan juga ker?

Spallan said...

setakat season 8, season 9 belum lagi... bro bg sudah habis tengok semua ka?

blurguyz79 said...

season 9 aku tgk via internet tp blum abis lagi.pastu tunggu dvd lak nanti.