Tuesday, July 13, 2010

...habis dah World Cup III

Milo juga tidak ketinggalan dalam meng-offer barangan premium sempena world cup kali ini. Yang dibawah ini adalah notepad yang diperolehi secara percuma dengan pembelian pek milo 2kg. Sebenarnya ada beberapa design yang lain tapi time pergi hari tu ni saja yang tinggal...



Bermula dari 1/6/10 sehinggalah 31/8/10, milo telah menjalankan kempen Program Penebusan Milo Hidup Bola. Dengan mengumpul beberapa bukti pembelian produk milo, dan setelah dikira jumlah mata yang terkumpul, kita dapat menukar mata tersebut dengan barangan eksklusif seperti beg milo dan bola adidas. Nasib baik selama dok minum milo ni, semua barcodenya ada disimpan, jadi bila milo buat program macam ni, dengan senapas je la dapat pi redeem, tak payah nak minum milo berkati-kati, hehehe.
*
Tapi, sedikit tips untuk kawan-kawan yang nak me-redeem, kalau duduk area kl/pj atau pun tengah dok ada kat area ni, aku cadangkan terus ke ofis diorang ni dan redeem gift tu. Pertama sebab cepat dapat (borang yang dipos awal jun hari tu, sampai sekarang takda berita), keduanya boleh jimat point. Contoh: kalau nak redeem sebiji bola kena ada 50 points. Kalau guna gaya pos, label 2kg = 20 points, jadi kena ada 3 label baru boleh claim sebiji bola. 10 points lagi tu kira hangus. Tapi, kalau pi redeem kat ofis dia (dan memang boleh redeem pun di situ, sudah try...), bawa 5 label 2kg, dia kira 100 points dan boleh bawa balik 2 biji bola. Amacam? Terpulang, tepuk dada, tanya selera...

Ok, dengan satu label 2kg (20 points) aku dah pi redeem beg -beg milo ni. Beg-beg ni takda la best sangat tapi saja ja buat completekan set. Beg-beg yang sudah di redeem (ikut susunan) adalah beg Jabulani, Germany, Spain dan Argentina. Ada dua lagi yang belum keluaq, England dan Brazil.






Haaa, yang ni (bagi aku la) berbaloi. Pasai apa hang tanya...? Pasai yang ni bola Adidas original, datang pun dalam plastik beg Adidas siap ada sticker hologram sebagai bukti. Cuma satu saja, bola ni memang kenit, saiz 0, hahaha... Buat perhiasan boleh la, kalau dibuat tendang, sekali rembat mau terus hilang bola ni.... Setakat ni baru empat biji ni yang dah keluar, lagi dua, Brazil dan England kena tunggu bulan lapan nanti...





















No comments: