Jason Goes To Hell adalah filem ke sembilan dari francais filem Friday the 13th yang telah mula ditayangkan sejak tahun 1980. Ia mengisahkan bagaimana Jason Voorhees, seorang budak kecil waktu itu (kononnya) telah mati lemas di Camp Crystal Lake akibat daripada kecuaian staff disitu. Rupa-rupanya dia tak mati pun dan dalam movie kedua dia (yang sudah dewasa) telah membunuh staff yang telah membunuh ibunya di camp tersebut....hmmm. Sejak dari tu, siapa saja yang pergi ke camp tu akan dibunuhnya.
Dalam filem yang kesembilan ini pula, Jason telah tertipu dan diletupkan bila dia pulang ke Camp Crystal Lake. Cebisan mayat yang dikumpulkan telah dihantar ke bilik mayat dimana seorang coroner telah dirasuk oleh roh si Jason ni dan langsung meneruskan kerja-kerja membunuh orang...
Seperti biasa Topps Comics pun mengadaptasikan filem ini dan dijadikan siri komik (3 keluaran) yang telah diterbitkan pada tahun 1993. Komik yang pertama (#1) agak special sikit sebab ia mempunyai efek glow-in-the-dark. Jadi dalam bilik yang gelap bolehlah kelihatan topeng hoki yang menjadi trademark Jason itu menyala putih-kehijauan...
No comments:
Post a Comment