Sunday, February 13, 2011

Syiling Peringatan

Kalau dulu-dulu jarang nak dengar pasal duit syiling peringatan ni. Kalau ada pun agak sukar nak diperolehi tapi kalau setem kenang-kenangan tu biasalah. Tapi takpa, zaman dah berubah. Sekarang ni dah ada macam-macam syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, macam-macam rekabentuk yang menarik untuk pelbagai upacara yang diraikan. Dan yang paling penting, duit-duit syiling peringatan ini tidak terlalu mahal dan mampu dibeli dan disimpan oleh setiap lapisan masyarakat. Secara peribadi, aku suka cara presentation syiling peringatan ni. Syiling seperti di-shrink-wrapped dalam plastik keras dan berada didalam folder mini yang penuh dengan informasi mengenai keluarannya. Biasanya aku akan cuba dapatkan pada hari keluarannya tapi kalau ter-miss kenalah pi cari kat dealer, cuma harga sudah up le sikit, hehehe...


Duit Syiling Peringatan
Ulang Tahun Parlimen ke 50








Duit Syiling Peringatan
Ulang Tahun St. John Ambulans Malaysia ke 100






1 comment:

Iaryylr said...

ya memang best syiling peringatan ini!