Sunday, November 15, 2009

Aku dan Muzik

Aku kenal muzik ni dari pelbagai sumber. Sewaktu kecil aku dengar muzik dari rekod atau piring hitam (EP, LP dan yang seumpama dengannya). Kemudian pula dari teksi pakcik aku (sebuah mercedes besar yang digunakan untuk merentas Malaysia membawa penumpang), aku diperkenalkan kepada kartrij. Yang ni rupa dia macam kotak yang diperbuat daripada plastik keras dan agak besar saiznya jika dibandingkan dengan kaset. Lepas tu, aku didedahkan kepada reel-to-reel tape recorder. Yang ni pula lagu-lagu dirakamkan ke atas tape yang dimasukkan ke reel plastik berbentuk seperti reel filem wayang, cuma saiznya lebih kecil. Biasanya ada orang dewasa yang tolong pasangkan kalau aku nak dengar sebab agak rumit untuk budak kecik pasang sendiri.

Bila dunia dah moden sikit barulah wujudnya kaset-kaset seperti yang ada sekarang ni. Aku rasa lama juga aku guna teknologi kaset ni untuk mendengar lagu-lagu kegemaran aku. Dah kira happy la waktu tu, tapi bak kata orang, “yang indah itu hanya sementara”. Tiba-tiba datang pula benda baru yang dipanggil CD (compact disc). Yang ni pula menggunakan teknologi laser untuk merakam secara digital lagu-lagu ke atas cakera padat. Canggih betul rasanya. Jadi beralih pula la ke CD, sebab kualiti muziknya yang lebih baik dari kaset dan cara penggunaan yang lebih mudah. Tak perlu tunggu bila rewind dan forward untuk mendengar lagu yang kita suka. Tekan saja butang, dengan senapas terus dapat “play” lagu yang kita hendak. Namun rakan-rakan otai rekod dengan tegas menyatakan rekod tetap menghasilkan kualiti bunyi (lagu) yang lebih baik dari CD. Bab ni aku serahkan kepada pembaca yang arif untuk menilai.

Ok, selepas CD datang pula Mp3. Yang ni bagi aku adalah 100% digital. Lagunya dah sememangnya dalam bentuk digital, player dia pula, kita boleh download atau diberikan secara percuma dalam bentuk software. Haha, peralatan maya sepenuhnya. Bayangkan, dari rekod atau piring hitam yang besar yang boleh dipegang, bertukar ke kartrij plastik yang keras dan agak “bulky”, seterusnya kepada reel dan tape yang halus, kemudiannya menjadi kaset yang kecil, sebelum menjadi CD yang sangat nipis, dan akhirnya menjadi mp3 yang langsung tak nampak dan tak boleh disentuh. Betul-betul canggih…

No comments: